[VIDEO] Berjaya catatkan kemaraan, Sabah Women perlu bersedia hadapi kelab Korea


  • Podium
  • Ahad, 01 Sep 2024

Sabah berjaya menempah tiket ke saingan AFC Women’s Champions League setelah menumbangkan wakil Uzbekistan dalam saingan kelayakan pada Sabtu.

PASUKAN bola sepak wanita Sabah FA mencipta sejarah baharu apabila layak ke saingan utama peringkat kelab di Asia iaitu AFC Women’s Champions League (AWCL) musim 2024/2025 buat kali pertama.

Kemenangan 2-1 menentang kelab Uzbekistan, PFC Nasaf sudah cukup untuk memastikan mereka bergelar juara kumpulan C di peringkat kelayakan selepas mengutip empat mata dalam dua perlawanan.

Dalam perlawanan sebelum ini, Sabah terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan APF FC dari Nepal.

BACA LAGI: Nusantara Challenge 2024: Ditewaskan kelab Indonesia, laungan ‘Nafuzi Out’ mula bergema sesama fans Sang Kenari

BACA LAGI: Clean sheet berdepan Nepal, ketangkasan keeper Sabah bukti layak jadi GK kebangsaan

Ketika menentang PFC Nasaf, penyerang import Myanmar Win Theingi Tun muncul wira pasukan apabila membantu Sabah mencetak dua gol dalam kemenangan 2-1 itu.

Bagaimanapun, lapan minit sebelum tamat perlawanan, pasukan pelawat berjaya meraih satu gol sagu hati menerusi Ngonja yang akhirnya menewaskan penjaga gol Sabah, Azurin Mazlan buat kali pertama selepas beberapa kali percubaan.

Dengan kemenangan yang berharga itu, Sabah akan berada di Kumpulan A dalam saingan AWCL bersama juara Liga Wanita Korea, Hyundai Steel Red Angels, Wuhan Jiangda (China) dan Abu Dhabi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam pada itu, penyokong berharap agar skuad kendalian Justin Ganai itu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran dalam Kumpulan A.

"Atas kertas tidak sama dengan atas padang, tahniah dan selamat berjuang sumandak Sabah," kata Garry Shield Staun.

"Kalau tengok kelebihan fizikal memang Sabah nampak kuranglah nak lawan pasukan Arab dan Korea itu,tapi tiada yang mustahil," kata Ismael Aziz.

"Atas kertas memang Sabah susah nak menang tapi rezeki Allah siapa yang tahu, tiada yang mustahil," kata Azhar Sport.

"Kuat-kuat oh pasukan Kumpulan A ni, tapi tiada yang mustahil, Sabah cuma kena tingkatkan leatihan dan fitness saja," kata Romy Koromuok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram