[VIDEO] Aisyah disiplin hadap coach pegang rotan, ayah angkat titip pesanan berharga buat atlet boling Johor


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Kontinjen Johor yang beraksi dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

NAMA atlet muda boling dari Johor, Nurul Aisyah Salleh dijangka berpotensi untuk menjadi salah seorang permata negara dalam sukan berkenaan.

Nurul Aisyah atau mesra dengan panggilan Ecah mula berkecimpung dalam sukan boling sejak dari usia muda lagi.

Menurut ayah angkatnya, Nor Haizat Omar, Ecah mula menunjukkan minatnya dalam sukan berkenaan ketika umur 13 tahun.

BACA LAGI: Bercuti atau tinggalkan Pahang selamanya? Kehadiran striker Tok Gajah di Eropah timbul tanya

BACA LAGI: Clean sheet berdepan Nepal, ketangkasan keeper Sabah bukti layak jadi GK kebangsaan

WhatsApp Image 2024-08-29 at 19.18.19

Atlet muda boling Johor, Nurul Aisyah.

"Ecah mula tunjuk minat dia sejak umur 13 tahun, dia sebenarnya ikut kawan-kawan dia masa sekolah.

"Walaupun saya tak main boling tapi saya tetap beri dorongan dan galakan untuk dia sertai sukan boling.

"Saya pun tak pasti kenapa dia minat sangat dengan boling tapi saya tetap beri semangatlah untuk dia," katanya kepada Majoriti.

Menariknya mengenai kisah atlet muda berusia 16 tahun berkenaan apabila temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024 baru-baru ini merupakan kali kedua penyertaannya dalam kejohanan berprestij itu.

WhatsApp Image 2024-08-29 at 19.31.34

Aisyah (kiri) bersama rakanya, Anis Hannani ketika meraih pingat gangsa acara berpasangan wanita SUKMA 2022.

Malah videonya ketika menjalani latihan boling sebelum ke SUKMA meraih perhatian di media sosial apabila dia dilihat dilatih oleh jurulatihnya yang memegang rotan.

Menurut Nor Haizat yang juga merupakan seorang pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor berkata, anaknya pernah meraih pingat gangsa bersama seorang lagi pemain boling Johor, Anis Hannani Romzi dalam acara berpasangan wanita pada SUKMA 2022.

"Ini kali kedua Ecah sertai SUKMA, sebelum ini dia pernah join juga SUKMA 2022.

"Walaupun tidak dapat meraih sebarang pingat SUKMA Sarawak baru-baru ini, tapi saya sentiasa berbangga dengan pencapaian dia, kerana untuk usia dia sekarang pengalaman sangat penting," ujarnya.

Menurut Nor Haizat, legenda ratu boling negara, Datuk Shalin Zulkifli antara idolanya dalam sukan berkenaan dan memasang impian untuk bergelar pemain kebangsaan suatu hari nanti.

"Datuk Shalin antara idola Ecah, dia pernah cakap dengan saya, dia mahu wakil Malaysia suatu hari nanti, dia nak juga menyumbang untuk negara.

"Nampak mustahil tapi saya tetap support dia sebab kita tahu ia bukan benda yang senangkan, dia kena kerja keras.

"Kalau wakil negara ni dia punya tekanan lagi tinggi, latihan dia mesti lebih banyak kan," katanya.

Nor Aizat, 54, turut berkongsikan beberapa pihak yang banyak memberi bantuan dan dorongan kepada Aisyah antaranya barisan kejurulatihan, Majlis Sukan Negeri Johor, Persatuan Sukan Tenpin Boling Johor, pihak sekolah dan penaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram