Tewas set pertama, semangat juang bantu Kelantan Warriors muncul juara Divisyen 1 STL 2024


  • Podium
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Kelantan Warriors muncul juara Divisyen 1 selepas menewaskan Selangor Pistons dalam perlawanan akhir Divisyen 1 Liga Sepak Takraw 2024 pada Jumaat.

KELANTAN Warriors bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk memastikan kejuaraan Divisyen 1 Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar 2024 menjadi milik mereka pada Jumaat.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Serindit, Melaka itu menyaksikan gandingan Purached Yoosaen (tekong), Adli Bakar (feeder) dan Haikal Jamil (killer) berjaya menumpaskan Selangor Pistons dengan keputusan akhir 2-1.

Pada set pertama, kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan aksi sengit apabila saling berbalas serangan yang menyaksikan Selangor meraih kemenangan dengan keputusan 15-12 tercatat.

BACA LAGI: [VIDEO] Layak ke Premier, Selangor Pistons jumpa Kelantan Warriors final STL Divisyen 1

BACA LAGI: Dulu bekas pemain Harimau Selatan, Kiko Insa antara 3 bekas pemain JDT jadi 'ejen' demi cari makan

Begitupun, memasuki set kedua, Warriors bangkit daripada ketinggalan apabila berjaya menumpaskan Selangor yang dilihat bersemangat untuk bergelar juara dengan keputusan 17-15, sekali gus berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan.

Meskipun Selangor membuat pertukaran pemain di posisi apit kanan dan tekong di saat-saat akhir set penentuan, nampaknya ia tidak membuahkan hasil apabila tewas dalam pusingan terakhir dengan keputusan 10-15.

Skuad Selangor dibarisi oleh Zuhri Zin, Nonthanan Sombatlay, Arif Badri, Aizat Nor Azmi dan Muslim Ramli, Shahrain Zameer dan Jefri Ahmad.

Dalam pada itu, tempat ketiga disandang oleh Perlis Vipers selepas menewaskan Melaka Titans dengan keputusan 2-0 (15-8,15-11). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram