Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka batal, netizen saran ganti buat solat hajat, baca Yasin kenang jasa pahlawan negara


  • Massa
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Netizen berpendapat pembatalan sambutan ambang merdeka boleh diganti dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil. — Gambar fail

PEMBATALAN sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi modal netizen bersembang di laman media sosial.

Tindakan pembatalan itu dibuat bagi menghormati mangsa terlibat beberapa insiden yang berlaku sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Walaupun terdapat segelintir netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyambut ambang merdeka, ada juga yang memberikan respons positif dan berpendapat bahawa tindakan pembatalan itu adalah satu langkah bagus demi keselamatan orang ramai.

BACA LAGI: DBKL kesan 14 lagi kawasan panas banjir kilat

BACA LAGI: Jalan 'bypass' Serendah-Templer tenggelam akibat banjir kilat, pengguna risau keadaan berlarutan

2883858

Tindakan pembatalan sambutan kemerdekaan itu dibuat bagi menghormati mangsa terlibat beberapa insiden yang berlaku sekitar bandar raya Kuala Lumpur. — Gambar fail

"Sangatlah benar tindakan itu.

"Seeloknya ganti dengan tahlil dan bacaan Yasin sebagai mengenangkan jasa pahlawan negara.

"Semoga dipermudahkan urusan pasukan penyelamat," kongsi Badriah Mohd Isa menerusi laman Facebooknya.

Terdapat juga netizen berpandangan bahawa selain menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi, orang ramai harus memberikan penghargaan usaha keras yang dilakukan oleh wira-wira negara.

"Bagi yang muslim boleh adakan majlis bacaan al-Quran, zikir, dan selawat di setiap surau dan masjid pada Sabtu nanti," antara komen netizen.

Media sebelumnya melaporkan, di sebalik pembatalan itu, DBKL turut mengajak semua orang menghayati erti kemerdekaan pada tahun 2024 dengan penuh semangat patriotisme. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram