KEHADIRAN Ibrahim Mat Zain atau digelar ‘Raja Bomoh’ hadir ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur pada Rabu mencetuskan kerisauan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan meminta agar ‘Raja Bomoh’ segera hadir bagi memberikan nasihat tentang batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu menjadi kebimbangan susulan kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran individu tersebut di lokasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
BACA LAGI: Kena 'pressure' turunkan hantaran FB, Zuckerberg kesal tak lantang hadapi tekanan Biden-Harris
BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti ritual yang bertentangan akidah Islam,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menerusi satu video yang tular memaparkan Ibrahim hadir ke lokasi pencarian mangsa tanah jerlus bagi menawarkan pertolongan untuk membantu mencari mangsa.
Ibrahim turut dilihat merenjis 'air istimewa' di sekitar lokasi berhampiran kejadian.
Mohd Na’im Mokhtar berkata, ‘Raja Bomoh’ itu pernah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) pada 2017.
"Dia didakwa atas kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina dan membuat pengakuan bersalah.
"Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506),” katanya.
Terdahulu media melaporkan, seorang wanita dikenali sebagai Vijaya Lakshmi Gali, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjerumus ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram