'Macam cikgu disiplin', Tok Ghah@Long bawa rotan hambat 'geng bersidai' dirikan solat di Masjid Padang Cempedak


  • Tular
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Tok Ghah@Long membawa rotan pada setiap Jumaat untuk merotan sesiapa sahaja yang tidak menunaikan solat dan dilihat bersantai-santai.

TULAR satu video di media sosial, seorang wanita warga emas dilihat membawa rotan di sebuah masjid dan mengarahkan pengunjung khususnya jemaah lelaki untuk menunaikan solat.

Difahamkan kelibat warga emas yang layak dipanggil nenek itu berada pada setiap Jumaat untuk mengenakan hukuman rotan kepada sesiapa sahaja yang tidak menunaikan solat dan dilihat bersantai-santai di sekitar pekarangan masjid.

Menerusi video berdurasi 39 saat itu memaparkan nenek yang dikenali sebagai Tok Ghah@Long mengejar budak-budak yang datang lambat ke masjid untuk menunaikan solat di Masjid Padang Cempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Meninjau di ruangan komen, terdapat netizen memuji tindakan Tok Ghah@Long merotan mereka yang tidak menunaikan solat itu.

BACA LAGI: 'Ingatkan edit, rupanya real', ramai tabik hero tak didendang filem KL Drift

BACA LAGI: Pita suara Steven Tyler rosak kekal, konsert jelajah Aerosmith dibatalkan

Rata-rata juga kagum dengannya tindakannya merotan kerana dilihat tegas dan memegang prinsip ajaran Islam yang membolehkan penggunaan rotan dalam isu solat bagi mana-mana umat yang mengingkari perintah ALLAH.

"Sekurang-kurangnya, Tok Ghah@Long boleh jawab dengan ALLAH nanti," kongsi satu perkongsian di Facebook.

Terdapat segelintir netizen menggelar nenek itu seakan-akan guru disiplin.

"Ada kalanya pendidikan dengan kekerasan yang ringan amat berkesan...semoga ganjaran buat nenek," komen netizen.

Menerusi video berkenaan dilihat, orang ramai menunjukkan rasa hormat dan mengatakan seolah-olah warga emas itu dikenali di Masjid Padang Cempedak.

Terdapat juga komen yang mencuit hati apabila netizen turut menggalakkan Tok Ghah@Long merotan golongan orang tua juga.

"Nak marah biasanya ramai lagi tua.. Nenek nampak, sebat saja nek.

"Harap ramai lagi nenek-nenek yang boleh sukarela selepas ini," antara komen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram