KESAN daripada masalah kewangan semakin dirasai di Kedah Darul Aman (KDA) FC setelah timbul pelbagai khabar angin mengatakan tonggak pasukan itu akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan kedua.
Penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz merupakan nama yang disebut-sebut akan berhijrah dengan beberapa kelab Liga Super dikhabarkan bersedia untuk mendapatkan khidmatnya.
Namun, baru-baru ini, kejutan semakin dirasai selepas pemain tengah, Habib Haroon pula difahamkan sudah meninggalkan skuad Sang Kenari serta-merta.
BACA LAGI: Bukan setakat Habib Haroon, ramai lagi bintang Kedah disebut ucap selamat tinggal?
BACA LAGI: 'Ada rezeki jumpa lagi', tonggak TFC ucap selamat tinggal kini dicanang ke Lembah Klang, Kedah
Kalamullah juga disebut-sebut akan meninggalkan skuad Sang Kenari. — Facebook/KDA FC
Berdasarkan laporan, jeneral berusia 23 tahun itu mahu kembali ke negara kelahirannya dengan Sitra Club disebut-sebut sebagai destinasi yang dipilihnya.
Situasi itu sekali gus membuktikan isu pengurusan dan kewangan KDA FC masih belum pulih meskipun terdapat laporan pengurusan kelab berkenaan sudah menyelesaikan tunggakan gaji tahun lalu.
Malah, penyokong juga seakan-akan mengakui masalah berlarutan tersebut terus menghantui pasukan tersebut sehingga memaksa rata-rata bintang Sang Kenari mula angkat kaki.
"Gaji sangkut, kalau aku pun cabut lari. Penyokong pandai berkata-kata sahaja, padahal kelab ini sudah hampir ke penghujungnya," kata Bujang Senang.
Khabar angin kuat mengatakan Habib Haroon akan pulang ke Bahrain. — Facebook/KDA FC
"Tak perlu rasanya kita menyalahkan pemain, dia kena ambil tindakan sedemikian demi masa depan masing-masing daripada terus berkhidmat tanpa sebarang ganjaran," kata Safar Myra.
"Nampak gaya memang terjejas teruk pasukan Kedah ni. Kesian kat anda peminat semua. Tan Sri (Daud Bakar) seperti tidak sesuai dalam bidang ini. Maaf kalau saya salah," kata Aas.
Sebelum saingan Liga Super 2024/25 bermula, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan KDA FC sudah menghantar kesemua dokumen diperlukan bagi memperoleh lesen baharu.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kelab berkenaan perlu membuktikan bahawa mereka memiliki sumber kewangan kukuh bagi mendapatkan kebenaran beraksi musim ini.
Bagaimanapun, dengan isu sama sekali lagi berulang, jelas kelihatan kelab Utara tanah air itu masih gagal melakukan perancangan rapi untuk mengatasi masalah sedemikian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram