Lepas wanita berdepan cubaan tarik kereta di R&R Tapah, ada lagi pemandu lain kongsi kisah 'dipukau'


  • Massa
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Orang awam dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan tindakan cubaan menarik kereta oleh mana-mana individu tidak dikenali. — Gambar hiasan/Facebook

RUPA-RUPANYA, kisah seorang wanita berkongsi pengalaman berhubung kejadian cubaan menarik kenderaan oleh individu tidak dikenali di Tapah, Perak, baru-baru ini bukanlah kejadian pertama.

Video tular di media sosial sejak Sabtu lalu itu memaparkan wanita terbabit mendakwa sepupunya berdepan situasi cemas apabila didatangi seorang lelaki yang cuba menarik kereta tanpa dokumen sah ketika berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.

Dalam video sama, dia menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di mana-mana hentian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

BACA LAGI: [VIDEO] Suami kematian isteri di Disney World gagal saman sebab langgan Disney Plus

BACA LAGI: Mahu jadikan Kajang bandar selamat dan bersih, MPKj giat laksana pelbagai inisiatif, kempen

6203954872253006272

Tangkap layar video dimuat naik wanita tersebut.

Susulan itu, polis menggesa wanita tersebut untuk hadir ke Balai Polis Tapah memberi keterangan terhadap cubaan menarik kenderaan yang didakwa berlaku di hentian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi bagaimanapun berkata, pihaknya ambil maklum dengan video tular tersebut dan semakan mendapati tiada laporan polis diterima setakat ini.

Beliau pada masa sama berkata, semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan dua lelaki dalam kejadian itu adalah palsu.

Rentetan kejadian itu, rata-rata pemandu lain turut berkongsi pengalaman sama ketika berada di tempat awam.

Menurut pengguna akaun X @AfiqMahadhir, situasi sama pernah terjadi semasa memandu kereta rakannya di sebuah stesen minyak di Sungai Besi, Selangor.

"Dahulu pernah bawa kereta member di Sungai Besi, berhenti tiba-tiba ada dua orang datang cakap dari bank nak tarik kereta. Selepas itu, aku tanya bank mana dan berapa jumlah tertunggak, dia cakap RM4,000.

"Bila aku cakap kereta cash (tunai) terus dia gelabah, dia pura-pura hubungi orang lain sebelum pergi," tulisnya.

Menurutnya, dia sangat mengambil maklum bahawa kereta milik kawannya itu dibayar sekali gus untuk enam bulan dan mendakwa ia mustahil untuk berlaku tunggakan.

Lebih meyakinkannya terhadap kejadian itu apabila dua individu seakan-akan pegawai bank dilihat tidak tahu tentang pembayaran kereta berkenaan.

Selain dia, terdapat juga kisah sama yang dikongsikan oleh warganet berhubung kejadian itu.

"Saya dah lama kena, macam kena pukau. Kejadian di parkir Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Buka pintu, masuk kereta, tiba-tiba ada bonzer (pengawal peribadi) Melayu pakai singlet tolak saya ke tempat penumpang," dakwa @ds_anita1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram