'Wake up call buat Sang Kenari', 6 kuota import macam tak ada fungsi atas padang


  • Podium
  • Sabtu, 10 Ogos 2024

Sang Kenari tewas 0-6 pada juara bertahan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Jumaat.

IBARAT langit dan bumi. Kelab elit yang juga juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) terus mempamerkan bisanya apabila unggul membenam skuad Kedah FC dengan jaringan 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Jumaat.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi rembatan luar kotak penalti Bergson da Silva hasil umpanan Heberty Fernandes De Andrade.

Pesta gol bermula di separuh masa kedua perlawanan yang menyaksikan peledak import sensasi itu berterusan menyumbat dua lagi gol sebelum disudahi tiga gol masing-masing dijaringkan Muhamad Feroz Baharudin, Murilo Henrique dan Afiq Fazail.

BACA LAGI: Milos Gordic ada masa kurang sebulan buktikan kemampuan jika enggan digantikan 3 calon ideal

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mental kau kuat dik', juara cilik badminton terpaksa selfie lepas tak dilayan mahu ambil gambar kenangan

Kekalahan dialami Sang Kenari nyata situasi sukar diterima penyokong Hijau Kuning yang pastinya kurang berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemain-pemain Kedah.

Salah seorang peminat Kedah, Afiq Rowley menyenaraikan beberapa kelemahan pasukan itu yang menurutnya sebagai situasi buruk dihadapi pengurusan kelab terbabit.

6176712203932122964

Barisan serangan Kedah gagal menembusi gawang JDT.

Jelasnya, keenam-enam pemain import dimiliki ketika ini gagal mempamerkan persembahan cemerlang sekali gus menjadi beban yang terpaksa ditanggung pengurusan kelab ekoran ketiadaan tajaan rasmi ketika ini.

"Isu pertama paling dirasai. Kita menggunakan kuota 6 pemain import iaitu Milos Gordic, Ebenezer Assifuah, Sukhrob Nurullaev, Sony Norde, Habib Haroon, Cleylton tetapi berapa pemain yang sebetulnya berkualiti tinggi? Jawapannya tiada.

"Yang ada hanya berkualiti sederhana okay sedikit daripada tempatan dan selebihnya menjadi beban utama buat kelab.

"Jika diimbas aksi Kedah, pemain seperti Milos Gordic gagal menyerlahkan keupayaan secara individu atau berpasukan untuk memberi impak waima kecil di atas padang.

"Tambahan masalah kecergasan pemain dan terlalu beraksi secara terbuka juga memberi ruang baik buat JDT untuk 'membelasah' Kedah. Wake up call buat pengurusan, kejurulatihan, serta pemain untuk tampil lebih baik demi nama kelab," katanya di laman Facebook pada Jumaat.

Bersetuju atas pendapat dilontarkan, warganet di ruangan komen turut mengecam pemilihan enam import dimiliki Kedah ketika ini.

"Kedah cukup susah nak dapat import yang ada kualiti, bukan semusim dua, siap dalam dalam pemilihan semua ni sebab tengok pasukan lain yang takda bajet pun dapat import yang bagus," kata Maey Hassim.

"Salah perancangan, pemilihan semuan import dan tempatan dilihat tempang segenap sudut, pihak pengurusan perlu ambil langkah pro aktof membuat perubahan sebelum pasukan jadi lebih tenat," ujar Nasfurudin Che Noor.

"Import biar sikit janji ada kualiti, daripada penuhkan kuota tapi semuat jadi beban pada pasukan," tambah Fazirul Anuar.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus gah di puncak Liga Super dengan 22 mata hasil tujuh kemenangan dan seri sekali daripada lapan perlawanan manakala Sang Kenari yang pulang tanpa sebarang mata, kini berada pada kedudukan kelapan dengan tujuh mata hasil tiga kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali daripada tujuh perlawanan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram