'Degree bukan bisnes', pengajian di menara gading pelaburan lahirkan modal insan


  • Massa
  • Isnin, 29 Jul 2024

Melanjutkan pelajaran di peringkat universiti bukanlah satu kerugian mahupun perniagaan. — Gambar hiasan

PROSES menuntut ilmu sememangnya boleh dilakukan dalam pelbagai cara tidak mengira umur mahupun kemampuan seseorang.

Ia juga tidak membenarkan penggunaan konsep ilmu hanya boleh diperoleh melalui pengajian di universiti.

Namun, untuk menganggap bahawa usaha mendapatkan segulung ijazah itu satu perkara sia-sia antara tanggapan yang tidak seharusnya diterapkan.

BACA LAGI: Pertandingan seni bina boleh jadikan pasar sebagai ikon daerah, destinasi pelancongan

BACA LAGI: Kerajaan tutup operasi penyedia media sosial tiada lesen mulai 1 Januari 2025 — Ahmad Zahid

2600846

Melanjutkan pengajian disalah erti sebagai melakukan perniagaan dengan pihak universiti. — Gambar hiasan

Sebelum ini, tular satu klip program audio siar (podcast) di TikTok yang membincangkan tentang keputusan menyambung pelajaran di menara gading.

Dalam video tersebut, tetamu lelaki yang merupakan seorang pempengaruh media sosial mengatakan bahawa melanjutkan pelajaran boleh dibeli dan proses itu ibarat satu transaksi perniagaan.

"Degree (ijazah) ilmu bocah (kanak-kanak) apa. Degree itu kita beli. Aku bayar, universiti bagi ijazah. Ilmu boleh saja belajar di luar," katanya.

Kenyataan itu sekali gus membangkitkan rasa tidak puas hati ramai kerana rata-ratanya tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut.

Mengulas lanjut, seorang pengguna X @nazribiztalk menyatakan, tindakan mendapatkan ijazah di pusat pengajian atau universiti adalah satu pelaburan pendidikan yang dilakukan kerajaan sejak dahulu lagi.

Screenshot (2806)

Tetamu yang menggunakan akaun TikTok Dma Islam.

Menurutnya, pelaburan itu dilakukan atas tujuan melahirkan modal insan mahir dalam menyumbang pada kemajuan ekonomi negara selain memberi pengiktirafan atau kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan.

"Hakikatnya perniagaan universiti awam tak untung. Sebahagian besar kos pengajian disubsidi oleh kerajaan. Kerajaan menampung 90 peratus kos yuran pengajian sebenar di universiti awam.

"Kerajaan sejak dahulu telah banyak memberi subsidi pendidikan bumiputera untuk membolehkan mereka bersaing. Kiranya dah berbilion (wang) habis. Akhirnya inilah generasi yang kita lahirkan," tulisnya.

Baginya, sekiranya pandangan tetamu tersebut dijulang dan fahamannya diangkat, ia boleh menyebabkan kekurangan pakar dalam bidang profesional.

Katanya, ia juga boleh menjadi punca kepada saiz jurang pendapatan yang besar antara bumiputera dan golongan sebaliknya.

A junior doctor holds his stethoscope during a patient visit at The Royal Blackburn Teaching Hospital, operated by East Lancashire NHS Trust, in Blackburn, U.K., on Thursday, May, 14, 2020. Delivering his Budget on March 11, U.K. Chancellor of the Exchequer Rishi Sunak said

Tanggapan negatif dalam melanjutkan pengajian boleh menyebabkan kekurangan pakar dalam bidang profesional. — Gambar hiasan/Agensi

Malah, kata-kata tetamu berkenaan turut dilihat sebagai satu penghinaan kepada institusi pendidikan tinggi serta warga pendidik termasuk pensyarah dan guru yang pernah mengajarnya.

"Saya percaya ini berpunca dari beberapa pempengaruh lain yang tidak sekolah tapi berjaya buat jualan di media sosial dan kemudiannya bangga dia berjaya walaupun tidak sekolah tinggi.

"Jadi, dia cakap kau tengok aku, tak payah nak sekolah tinggi pun jadi kaya. Mereka tak sedar yang dalam diam mereka mengembangkan budaya bangga tak sekolah.

"Bayangkan kalau orang seperti ini dijulang sebagai wira. Malaplah harapan negara untuk lahirkan lebih ramai profesional seperti doktor, saintis dan jurutera pada masa depan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram