Kerajaan tutup operasi penyedia media sosial tiada lesen mulai 1 Januari 2025 — Ahmad Zahid


  • Primer
  • Ahad, 28 Jul 2024

Tindakan tersebut akan dikuatkuasakan terhadap penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet bermula 1 Januari 2025. — Gambar hiasan/Agensi

TINDAKAN tegas akan dikenakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di Malaysia yang enggan mematuhi peraturan kerajaan.

Kerajaan juga mengambil langkah menutup operasi penyedia perkhidmatan tersebut sekiranya melanggar arahan memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memetik laporan The Star, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa tindakan tersebut akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2025.

BACA LAGI: Operasi pembenihan awan tingkatkan paras air di Kedah, Perak bermula Isnin

BACA LAGI: MMA bimbang kes keracunan makanan babitkan kanak-kanak meningkat

Ahmad Zahid Hamidi

Ia susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet yang akan diperkenalkan bermula 1 Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata, tindakan penutupan itu adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Terdahulu, MCMC mengumumkan bahawa mana-mana perkhidmatan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa merupakan satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588.

Menurutnya, penguatkuasaan tersebut dilakukan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang menggesa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet di negara ini mematuhi undang-undang Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram