Pertandingan seni bina boleh jadikan pasar sebagai ikon daerah, destinasi pelancongan


  • Massa
  • Ahad, 28 Jul 2024

Pasar Payang di Terengganu antara pasar yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli-belah. — The Star

USAHA Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menerapkan identiti dan budaya tempatan di pasar-pasar tempatan disambut baik oleh masyarakat.

Sebelum ini, Menteri KPKT, Nga Kor Ming mengumumkan pihaknya menyahut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu penerapan identiti dan budaya tempatan bukan sahaja terhadap bangunan pencakar langit, malah ia turut diaplikasikan dalam pembinaan pasar.

Nga juga berkata, usaha tersebut turut mampu dijadikan sebagai pusat atau destinasi pelancongan.

BACA LAGI: Kerajaan tutup operasi penyedia media sosial tiada lesen mulai 1 Januari 2025 — Ahmad Zahid

BACA LAGI: Operasi pembenihan awan tingkatkan paras air di Kedah, Perak bermula Isnin

Menerusi usaha itu, pihaknya akan mewajibkan mana-mana pembinaan pasar baharu di bawah KPKT yang melebihi RM15 juta wajib menyertai pertandingan seni bina.

Katanya, KPKT yang bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia sebagai penganjur program akan meneliti reka bentuk pasar yang memenangi pertandingan tersebut.

"Maka mereka yang menjadi johan, reka bentuknya akan digunakan dan pemenang akan menjadi penasihat,” ujarnya lagi.

Susulan itu, rata-rata warga maya beranggapan bahawa ia merupakan langkah terbaik kerajaan bagi menonjolkan lagi identiti Malaysia di peringkat global.

"Idea untuk jadikan pasar sebagai destinasi pelancongan ini amat baik. Untuk capai perkara ini, pertama sekali pasar mesti bersih, selesa dan cantik," tulis @SyedAkramin.

Malah, ada juga yang mengatakan tindakan tersebut dapat menjadikan pasar sebagai antara ikon di sesebuah daerah di setiap negeri.

"Lepas ni pasar akan jadi ikon kepada daerah tersebut macam Grand Bazaar yang jadi ikon di pasar Istanbul.

"Pasar Awam Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan mula jadi perintis seperti yang dinyatakan KPKT," komen @FaktaBukanAuta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram