KETEGANGAN yang berlaku dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Baru dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur semakin memuncak apabila terdapat percanggahan maklumat tentang pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan oleh pihak pemaju.
Sebelum ini, tular di media sosial dengan pendedahan yang dibuat seorang pemilik tanah di kawasan tersebut.
Pemilik itu juga tampil memberi penjelasan tentang situasi sebenar yang berlaku di Kampung Sungai Baru.
BACA LAGI: Warga asing bebankan hospital awam, KKM perlu cari jalan efektif selain kaedah insurans — MMA
Majoriti penduduk Kampung Sungai Baru yang sudah berpindah keluar. — Gambar hiasan
Dia yang dikenali sebagai Sanita Yunus mendakwa, penduduk di kawasan terbabit sebenarnya sudah pun menerima pampasan termasuklah selebriti tempatan, Rafidah Ibrahim dan keluarganya.
Dakwanya, Rafidah hanya membuat bantahan secara keras kepada pihak pemaju kerana tidak berpuas hati menerima jumlah pampasan tidak berbaloi selepas dibahagikan dengan beberapa ahli keluarganya.
Namun, apa yang lebih menimbulkan spekulasi apabila ibu bapa Rafidah dikatakan sudah menandatangan persetujuan penerimaan jumlah pampasan daripada pihak pemaju.
Dakwaan itu bagaimanapun disangkal Rafidah dan menggapnya sebagai satu fitnah besar yang dilemparkan terhadap arwah bapanya.
Rafidah turut menjelaskan bahawa tarikh perjanjian atau persetujuan pihak usahama dengan pemaju tidak sama dengan tarikh arwah bapanya meninggal dunia.
"Mak cik sedar tak tengah fitnah orang tua saya. Perjanjian usahama berlaku pada 2016 dan arwah ayah saya meninggal 2002," katanya menerusi hantaran Instagram pada Khamis.
Rafidah pada masa sama tetap mempertahankan tanah di Kampung Sungai Baru meskipun menerima kritikan mahu pun tomahan daripada orang ramai.
Menurutnya, dia tidak perlu menghuraikan tentang pampasan atau faraid kerana menganggap ia tuduhan tidak berasas.
Kenyataan itu turut disokong segelintir warga maya yang melihat tindakan Rafidah bukan satu kesalahan.
"Biarkanlah nak meroyan ke apa, hak dia. Sekurang-kurangnya dia usaha pertahankan tempat tanah tumpah darah dia.
"Tempat dia membesar, banyak kenangan zaman kanak-kanak di situ. Kita orang luar yang tak sokong jangan pula lemahkan," komen @faylazarane.
"Betul, hairan juga aku sebab abah kau meninggal masa kita sekolah dulu, aku datang masa abah kau meninggal. Dah kenapa mak cik tu cakap ibu bapa kau setuju," sokong @ninibachik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram