Lupakan SSA, Selangor FC boleh ikut cara kelab Sepanyol naik taraf stadium MBPJ


  • Podium
  • Selasa, 25 Jun 2024

Sejak aksi pertama menentang Kedah pada 18 Mei lalu, kehadiran penyokong di MBPJ sangat memuaskan. — Agensi

KALI terakhir penyokong Selangor FC mendengar khabar mengenai Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan proses pra-perobohan Stadium Shah Alam, (SSA) telah dilakukan pada Februari lalu.

Memetik laporan SelangorKini pada lima bukan lepas, Perbadanan Menteri Besar (MBI) mengatakan proses pertama dilakukan dengan memasang adang (hoarding). Selain itu, persediaan lain turut dilakukan dan ia akan mengambil masa selama tiga bulan.

Ia kemudiannya akan disusuli dengan proses perobohan SSA yang menggunakan teknik tradisional yang tidak melibatkan letupan.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Yang dakwa bukan dalam MBI pun’, MB Selangor jawab tuduhan tak lantik kontraktor rancang KSSA

BACA LAGI: [VIDEO] Kesilapan Jalil buat Syria 'menangis' berdepan Australia dalam Piala Asia

Tambah MBI lagi, proses merobohkan SSA akan bermula pada bulan Jun dan kerana ia bukan menggunakan teknik letupan, akan mengambil masa setahun untuk proses itu siap.

Sejak itu, masih tiada sebarang perkembangan mengenai projek berkenaan dan penyokong juga mula selesa dengan perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang sudah berwajah baharu pada awal musim ini.

Penyokong Gergasi Merah bagaimanapun mencadangkan agar pihak pengurusan Selangor memperuntukkan sedikit bajet untuk menaik taraf 'rumah' sementara mereka bagi persiapan Liga Juara-Juara Asia 2 2024-2025 (ACL2).

"My unpopular opinion, Selangor FC tak perlukan SSA yang baharu, cukuplah naik taraf Stadium Kelana Jaya (MBPJ) ini. Kalau Liga Super tanpa gagal penuh, benchmark dia nanti adalah aksi Asia nanti.

"Jika masih penuh, memang hebatlah pemasaran Selangor FC ini. SSA itu boleh la kerajaan negeri nak buat konsert atau venue final dan perlawanan pertunjukan," cadang penyokong Gergasi Merah, Nurazhar Mohd Zin.

estadio_mediterraneo12

Stadium Power Horse, Almeria di Sepanyol. — Agensi

Cadangan berkenaan disambut baik oleh beberapa penyokong lain dengan ada juga berpendapat Selangor boleh menjadikan Stadium Power Horse, Almeria di Sepanyol sebagai rujukan untuk menambah baik MBPJ.

Stadium Power House itu merupakan 'gelanggang' rasmi untuk pasukan La Liga, UD Almeria dengan ia merupakan stadium 'pelbagai guna' yang boleh digunakan untuk pelbagai acara sukan.

"Sebenarnya Stadium Kelana Jaya ini sesuai buat macam stadium Almeria di Sepanyol sana. Stadium itu pun asalnya stadium dengan balapan.

"Tapi mereka letak temporary stand di belakang gol supaya penonton lebih dekat dengan padang, lepas itu perlahan-lahan naik taraf stadium supaya lebih selesa untuk penonton," tambah Hafizuddin Hanafiah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram