'Kelantan tiada air tapi sibuk sampai Uganda', kerja kebajikan Azman Ibrahim jadi modal debat politik


  • Politik
  • Khamis, 20 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan Azman Ibrahim ketika menyertai aktiviti kebajikan bersama NGO Warga Cakna di Uganda baru-baru ini.

USAHA Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim menyertai aktiviti kebajikan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Uganda baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dengan ada komen-komen negatif dilontarkan kepadanya.

Ia selepas beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu memuat naik videonya menyumbangkan sumber air kepada kanak-kanak di Uganda.

"Air adalah kehidupan. Di sebuah kampung pendalaman Uganda, mereka tiada bekalan air bersih.

"Siapnya sebuah telaga tiub sumbangan PAS Relief dan NGO Warga Cakna memberikan sinar berharga buat penduduk muslim di sini (Uganda). Mari anak-anak, pok cik Man basuh muka," tulisnya di ciapan Twitter (X) pada Rabu.

BACA LAGI: Anak jejak ibu hilang lebih 48 jam, terpisah ketika lontar jamrah di Mina

BACA LAGI: Polis kesan suami pukul isteri baru habis pantang lepas kantoi 'check in' hotel di Port Dickson

GQaL3chaIAA27yB

Azman (kanan) bersama seorang kanak-kanak di Uganda. — Twitter/Azman

Video itu sekali gus membuatkan orang ramai mengaitkannya dengan isu bekalan air di Kelantan yang sehingga kini dikatakan masih tidak selesai.

Ada juga beranggapan bahawa tindakan Azman seolah-olah lebih melebihkan rakyat negara lain berbanding di negeri taklukan parti politik itu.

Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS memenangi 43 kerusi parlimen dan menguasai empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menerusi Perikatan Nasional (PN).

"Kelantan tiada air tu, pok Man sibuk Uganda pulaknya. Pelik la lagu (macam) ini," komen @lady_bugg11.

"Di Kelantan, Kerajaan Persekutuan sampai kena buat pembenihan awan," ujar @jonbukanjohn.

"Utamakanlah rakyat sendiri dulu. Luar kotak betul cara berfikir pemimpin PAS ni," saran @AndrianSamsi.

Dalam perkembangan lain, Azman turut berkongsi beberapa hantaran memaparkan budaya dan suasana menyambut Hari Raya Aidiladha di negara berkenaan.

Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 250 ekor lembu dan 100 ekor kambing hasil sumbangan rakyat Malaysia berjaya diuruskan PAS Relief dan NGO terbabit dalam masa tiga hari untuk dikorbankan di Mbale, Uganda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram