SEORANG jemaah wanita dilaporkan hilang ketika menunaikan ibadah Haji di Mina, Arab Saudi pada Selasa lalu.
Menerusi maklumat yang dikongsikan pengguna Twitter (X) @MALAYSIAVIRALLL pada Rabu, wanita warga emas bernama Meriam Awang sudah hilang selama 48 jam dari tarikh hantaran tersebut.
Menurutnya, anak kepada wanita tersebut sedang menjejaki ibunya yang terpisah ketika melontar jamrah di Mina.
BACA LAGI: Polis kesan suami pukul isteri baru habis pantang lepas kantoi 'check in' hotel di Port Dickson
BACA LAGI: Rumah mewah belum tentu jamin privasi golongan T20, lagi-lagi ada jiran jadikan 'homestay'
Assalamualaikum wbt. Mohon semua untuk sebarkan kehilangan jemaah dibawah ini. Bukan jemaah Saag Travel tapi saya hanya membantu seorang sahabat mencari ibu nya yang hilang ketika berada di Mina. Terpisah semasa melontar Jamrah. pic.twitter.com/6eAIUUNRee
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 19, 2024
"Mohon semua untuk sebarkan kehilangan jemaah ini. Hanya membantu seorang sahabat mencari ibunya hilang ketika berada di Mina. Terpisah semasa melontar jamrah.
"Telefon bimbit tiada di tangannya (Meriam) kerana ketika itu begnya dibawa oleh sahabatnya. Sudah hilang lebih dari 48 jam," tulisnya.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Majoriti juga sudah menghubungi pengadu untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram