Jangan jadi ‘detective’ percuma, bekas peguam nasihat tunggu maklumat sahih perkembangan kes Zayn Rayyan


  • Massa
  • Isnin, 17 Jun 2024

Orang ramai dinasihati agar tidak mudah percayai maklumat yang belum mendapat kesahihan daripada pihak berkuasa.

KES pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin kini semakin mendapat perhatian terutamanya selepas rakyat Malaysia digemparkan dengan penahanan kedua ibu bapa mangsa.

Pada 1 Jun lalu, polis menahan reman pasangan suami isteri, Zaim Ikhwan Zahari, 29 dan Ismanira Abdul Manaf, 29 selama 13 hari Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perkara itu pada masa sama menimbulkan pelbagai persoalan kepada orang ramai tentang siapakah pelaku atau pembunuh sebenar Zayn Rayyan.

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: Pendedahan 'Edisi Siasat' adalah fitnah — Peguam

BACA LAGI: Bukit Aman siasat fakta kes pembunuhan Zayn Rayyan bocor di media sosial

2736041

Ibu bapa Zayn Rayyan yang berduka ketika hari kejadian.

Lebih meninggalkan teka-teki apabila polis pada awalnya memaklumkan terdapat percanggahan kenyataan daripada ibu bapa dan saksi kejadian namun akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 pada Khamis lalu.

Ibu bapa Zayn Rayyan juga didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember 2023.

Ia terus menimbulkan andaian dan spekulasi masyarakat selepas tularnya satu hantaran didakwa pendedahan laporan penuh tentang tindakan pasangan suami isteri itu membunuh Zayn Rayyan.

Penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan itu juga disiarkan di saluran Telegram (Edisi Siasat).

Zayn Rayyan’s parents leaving PJ Court Complex on after charging, grandparents remand order by police. — FAIHAN GHANI/The Star

Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin polis. — The Star

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kemudiannya memaklumkan bahawa pihaknya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menjalankan siasatan terhadap pelaku terbabit.

Beliau berkata demikian selepas orang ramai dilihat lebih mempercayai maklumat yang belum disahkan kebenarannya oleh pihak berkuasa.

Peguam mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin pula menafikan maklumat yang tersebar itu dan mengklasifikasikannya sebagai satu fitnah.

Susulan itu, seorang bekas peguam menasihatkan semua individu yang mengikut rapat tentang perkembangan kes tersebut tidak mudah percaya dan menyebarkan maklumat tidak sahih.

@reinalum Replying to @wanazhura Ada sebab info tentang an ongoing investigation & court case tidak diumumkan. SOP ni dah lama dikaji dan memang ada bnyk isu kalau info leaked. Info ni akan jadi public domain sooner or later, jadi kenapa kita kena buat mcm ni? It's a criminal offence for a reason! #fypmalaysia #zaynrayyan ♬ original sound - Reina Lum

Menerusi video TikTok dimuat naik bekas peguam itu dengan menggunakan nama akaun @Riena Lum, individu yang mendedahkan maklumat di Telegram itu berkemugkinan besar sudah membuat kesalahan jenayah.

"Saya faham semua orang mahukan keadilan, tetapi ada sebab tertentu sesetengah maklumat tidak boleh dikongsi kepada orang awam.

"Antara sebabnya adalah ia boleh menimbulkan pandangan berat sebelah terhadap suspek, saksi dan individu terlibat dalam kes itu," katanya.

Menurutnya, dokumen yang disebarkan itu juga tidak mempunyai sebarang cop mahkamah untuk dikongsikan.

Jelasnya lagi, masyarakat tidak perlu bimbang kerana segala informasi tentang kes Zayn Rayyan semestinya akan dinyatakan oleh pihak berkuasa.

"Lambat atau cepat kebenaran pasti akan terbongkar juga, jadi tak perlu ambil risiko sebar maklumat tidak sahih," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram