Ada sengaja tak mohon fleet card, pemerhati kongsi cara 'detect' syarikat naikkan harga lepas penyasaran subsidi diesel


  • Massa
  • Khamis, 13 Jun 2024

Pemilik kenderaan logistik yang layak dan belum menerima kad fleet boleh memohon pembayaran semula bermula pada 1 Julai depan. — Gambar hiasan

PEMBELIAN minyak diesel tidak lagi sama apabila kerajaan melakukan penyasaran subsidi menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bermula 10 Jun lalu.

Pelaksanaan itu adalah melalui SKDS 1.0 dan SKDS 2.0 yang meliputi pengangkutan awam serta kenderaan pengangkutan barangan.

SKDS 1.0 dilaksanakan melalui fleet card untuk 10 jenis kenderaan, manakala nelayan kategori A/B/C1 pula menerima kuota subsidi berdasarkan hasil tangkapan dengan masing-masing membabitkan kira-kira 20,000 dan 15,000 penerima manfaat.

BACA LAGI: KPDN pertimbang syor perluas jenis kenderaan layak nikmati subsidi diesel

BACA LAGI: Belum dapat kad fleet, penerima SKDS 2.0 boleh mohon bayaran semula mulai 1 Julai

2744332

Pemilik kenderaan logistik yang diluluskan dan belum menerima kad fleet boleh memohon pembayaran semula bermula pada 1 Julai nanti. — Gambar hiasan/The Star

SKDS 2.0 pula memperluaskan inisiatif sedia ada meliputi 23 segmen baharu kenderaan pengangkutan barangan juga melalui fleet card dengan kira-kira 400,000 penerima manfaat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun memaklumkan kepada semua pengusaha pengangkutan awam dan syarikat perusahaan yang menerima kelulusan di bawah program tersebut agar menyimpan resit pembelian diesel dari stesen minyak.

Menurutnya, ia membolehkan tuntutan rebat wang yang boleh dilakukan kepada Kementerian Kewangan mengikut prosedur mekanisme interim pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang belum menerima kad fleet.

Namun, masih ada beberapa syarikat yang belum memohon kad fleet tersebut dan melakukan taktik licik dengan menaikkan harga barang.

Mengulas lanjut, seorang pengguna Twitter (X) @lamkanahraf yang mengemukakan resit pembayaran minyak diesel berserta subsidi melalui penggunaan kad fleet menyatakan bahawa tiada alasan bagi mana-mana syarikat untuk menaikkan harga jualan barang disebabkan penyasaran subsidi.

GP1mTDObYAACv9i

Susulan itu, dia menggesa agar orang ramai lain waspada dengan melihat beberapa kemungkinan yang berlaku jika terdapat kenaikan harga di sesuatu kawasan stesen minyak itu.

Menurutnya, peniaga yang menaikkan harga barang mungkin tiada dan tidak memohon kad fleet dengan sengaja.

Hal ini kerana, peniaga yang mempunyai kenderaan pengangkutan barang serta menggunakan minyak diesel setiap hari boleh menggunakan alasan tersebut untuk mengaut keuntungan lebih.

Bukan itu sahaja, peniaga tidak berdaftar atau melakukan perniagaan secara tidak sah juga antara petanda untuk mengenal pasti syarikat sedemikian.

Selain itu, pengguna terbabit juga menyatakan kemungkinan peniaga yang menaikkan harga barang itu adalah individu warga asing.

"Jika berlaku kenaikan harga, hampir pasti ia perniagaan milik warga asing atau pihak yang ambil kesempatan nak burukkan kerajaan," tulisnya.

2743963

Minyak diesel juga ramai digunakan dalam kalangan peniaga dan syarikat logistik. — Gambar hiasan

Kerajaan juga sebelum ini ada memberitahu bahawa tiada sebab munasabah untuk mana-mana syarikat logistik bertindak menaikkan harga yang boleh mengesankan rakyat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengumumkan, pemilik kenderaan logistik yang diluluskan dan belum menerima kad fleet boleh memohon pembayaran semula bermula pada 1 Julai depan melalui portal Budi Madani.

Pemilik kenderaan logistik juga perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada KPDN di bawah SKDS 2.0 selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Pemohon juga dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel untuk tujuan audit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram