MALAYSIA kini berada di fasa pemantapan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan pelajar sekolah.
Ia seiring dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan lebih banyak tenaga kerja berkualiti yang mampu bersaing di peringkat global.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk penglibatan 12 kementerian dalam Majlis TVET serta pengenalan sistem permohonan TVET baharu (UP_TVET) untuk memudahkan pelajar mendaftar masuk ke pusat pembelajaran TVET.
BACA LAGI: 'Semua belum', Wan Fayhsal jawab isu notis pengosongan kerusi 6 MP BERSATU
BACA LAGI: Sempat bayar tol, pemandu kelam-kabut lari lepas dikejar 2 penunggang motosikal di Indonesia
Aku syak dulu akak ni ambik TVET gak https://t.co/2ReGrZSuWP pic.twitter.com/xlwH4Wv315
— จักรพรรดิ (@MalequeArrasyid) June 2, 2024
Beliau pada masa sama yakin bahawa TVET mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang pasti akan mendapat tempat atau permintaan di industri kerana tahap kebolehpasaran yang tinggi.
"Ia merupakan bukti bahawa TVET merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka," katanya.
Di samping itu, TVET juga boleh menjadi aliran terbaik khususnya bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran.
Bidang itu secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada golongan tercicir seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan pada 27 Mei lalu berhubung jumlah pelajar tidak hadir ketika peperiksaan SPM 2023.
Azman berkata, seramai lebih 10,000 pelajar tingkatan lima tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Mengulas lanjut, TVET sedikit demi sedikit berjaya membuka mata masyarakat bahawa ia mampu membuahkan hasil yang lumayan jika diaplikasikan dengan baik.
Graduan TVET mempunyai banyak peluang apabila memasuki alam pekerjaan. — Gambar hiasan
Menurut seorang pengguna Twitter (X) @Injang_Nation, pekerja penyelenggaraan penghawa dingin antara bukti individu yang berjaya dalam bidang TVET.
Baginya, golongan itu mampu meraih pendapatan tinggi dengan menawarkan perkhidmatan menyelenggara penghawa dingin sahaja.
"Dia datang pukul 2.30 petang balik pukui 6 petang, RM815 untuk servis atau baik pulih tiga biji penghawa dingin.
"Dari pagi entah berapa pula kerja dia dah jalan. Inilah antara hasil lumayan TVET. Di samping itu, rumah sendiri dah semestinya tak perlu upah orang," tulisnya.
Hal itu jelas menunjukkan bahawa betapa Malaysia kekurangan individu berkemahiran dalam bidang tersebut yang sekali gus mendorong kepada permintaan tinggi untuk perkhidmatan tersebut.
Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan SPM disarankan untuk mengambil TVET. — Gambar hiasan/The Star
Perkhidmatan TVET dalam alam pekerjaan turut membuka peluang kepada seluruh rakyat termasuk golongan wanita.
"Di Malaysia, kita makin kurang orang berkemahiran tinggi dalam industri. Cuba bandingkan harga pendawaian elektrik dan upah mekanik.
"Makin mahal, kan? Cuba tanya mereka kenapa makin mahal? Kena bayar gaji tinggi, budak tak ada bang," komen @_IskandarDanial.
Justeru, kerajaan kini giat melakukan pelbagai usaha dan inisiatif demi melangkah setaraf dengan negara-negara maju lain seperti Switzerland, Austria dan Jerman.
Kerajaan juga menjemput orang awam ke Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Banting, Selangor pada 7 dan 8 Jun ini bagi mencetuskan semangat kepada generasi muda untuk lebih berani menceburi bidang tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram