[VIDEO] Sempat bayar tol, pemandu kelam-kabut lari lepas dikejar 2 penunggang motosikal di Indonesia


  • Benua
  • Selasa, 04 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan dua penunggang motosikal yang mengejar pemandu kereta terbabit di sebuah tol di Indonesia pada 31 Mei lalu.

PERCUBAAN dua penunggang motosikal menahan seorang pemandu kereta gagal dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan orang awam, aksi kejar-mengejar dua kenderaan itu berlaku selepas pemandu terbabit dipercayai terlibat dalam kes langgar lari.

Kejadian yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu juga menyaksikan tindakan dua penunggang motosikal tersebut mematahkan cermin sisi kereta dan palang di sebuah tol.

BACA LAGI: Isu Kampung Sri Makmur: Wanita bernama Nora disyaki jadi dalang, sewa rumah 7 pintu kepada warga asing

BACA LAGI: 'Jadi pembaca buku tak cukup lahirkan kesedaran sivik', pengunjung sedih PBAKL berakhir dengan longgokan sampah

Pada masa sama, kelihatan pemandu berkenaan sempat membuat bayaran di tol tersebut sebelum berlalu dengan pantas.

Sementara itu, video yang dimuat naik pada 31 Mei lalu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang mahu menjejaki pelaku terbabit.

"Langgar lari, mangsanya ramai. Siapa tahu ada yang kenal dengan kereta ini," tulis @_sandii.

Namun, punca kejadian masih tidak dapat dipastikan lagi dan setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram