TONGGAK tengah Real Madrid dan Jerman, Toni Kroos bakal menggantung but dari dunia bola sepak selepas berakhirnya kejohanan Piala Eropah 2024 atau Euro 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai depan.
Menerusi laman Instagram miliknya, Kroos berkongsi bahawa usianya yang menjangkau 34 tahun adalah waktu sesuai untuk mengundur diri sebagai pemain bola sepak profesional dan dia ingin melihat Real Madrid sebagai kelab terakhir buat dirinya bila bersara.
Sebelum bersara dari dunia bola sepak, pemain yang menyertai Real pada 2024 itu berharap akan menutup karier permainannya dengan memburu kejuaraan ke-15 UCL untuk skuad Los Blancos dan EURO 2024 bersama Jerman pada musim panas ini.
BACA LAGI: Nak jadi pemain bola sepak, mental kena kuat — Safee Sali
BACA LAGI: Setuju dengan Safee Sali, tonggak TFC tegaskan basuh kasut bukan isu, siap dibelanja pemain senior
Rentetan pengumuman persaraan dari Kroos itu, ramai penyokong memuat naik beberapa aksi mengagumkan dari tonggak tengah berkenaan dan ada juga momen luar padang seperti video bekas pemain Bayern Munich tersebut membasuh kasut sendiri.
Menerusi video yang dimuat naik laman penyokong Los Blancos, Madrid Zone di laman Twitter (X) menyaksikan Kroos sedang tekun membasuh kasut Adidas ikoniknya sendiri selepas perlawanan.
Walaupun terlihat mudah namun tindakan Kroos itu mendapat pujian daripada ramai penyokong terutama peminat bola sepak domestik kerana ia sebenarnya mengajar kepada pemain bola sepak lain untuk mempunyai rasa tanggungjawab.
— Out Of Context Football (@nocontextfooty) May 21, 2024
"Pemain tengah terbaik dalam sejarah peradaban bola sepak dunia membasuh kasut bola beliau menggunakan kudrat sendiri tanpa mengharapkan bantuan junior beliau," kata penyokong tempatan, Azri.
"Player legendary dunia, dah nak bersara pun basuh but sendiri. Di Malaysia bangga dengan budaya buli suruh 'junior' basuh but," komen penyokong domestik, Adi Wafi.
Isu basut kasut pernah menjadi topik hangat dalam penyokong bola sepak tempatan apabila bekas tonggak Kedah Darul Aman (KDA FC), Azmeer Yusof mendedahkan pernah disuruh untuk mencuci jersi dan kasut pemain senior ketika di awal pembabitan sebagai pemain bola.
Azmeer yang menyifatkan perkara berkenaan merupakan satu bentuk pembulian tidak dipersetujui oleh beberapa pemain senior termasuk bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sambil menegaskan bahawa membasuh kasut serta stoking pemain senior adalah satu perkara biasa dalam bola sepak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram