Bakal wakili Malaysia ke Korea, pasukan Inovasi SMKA Kedah rangkul pingat emas Pameran Pencipta Muda Dunia


Pasukan inovasi SMKA Kedah berjaya memenangi pingat emas dalam WYIE.

PASUKAN inovasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah berjaya melakar sejarah selepas memenangi pingat emas dalam Pameran Pencipta Muda Dunia (WYIE).

WYIE diadakan selama empat hari iaitu pada Khamis hingga Sabtu lepas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.

Tampil dengan idea unik, ketua mentor bagi pasukan tersebut, Ismail Saleh berkata, mereka memperkenalkan produk inovatif terbaru ASQEN Lotion Spray yang berfungsi sebagai pelindung gigitan nyamuk.

BACA LAGI: Kaki pikat burung akui ada yang masuk jerat kemurungan, rela lepaskan meski redah bahaya sehari suntuk di hutan

BACA LAGI: Hadiah ibu bapa cetus minat, kumpul kasut legenda bola sepak sejak masuk UiTM

WhatsApp Image 2024-05-20 at 5.55.56 PM (2)

Pasukan inovasi SMKA Kedah berjaya melakar sejarah selepas memenangi pingat emas dalam WYIE.

"Adanya usaha gigih dan kerjasama antara pasukan berjayalah menang pingat emas dan Anugerah Inovasi Terbaik bagi kategori sekolah menengah ini," katanya.

Pasukan itu terdiri daripada Muhammad Muadz Mohd Muslim; Muhammad Faizi Hamdi Mohd Fuad; Muhammad Faiz Hamdi Mohd Fuad; Muhammad Harith Safwan Mohd Ridzuan; Muhammad Harith Safwan Mohd Ridzuan; Muhammad Faedz Ammar Muhammad Faidzal; Muhammad Asif Alwan Mohamad Shahuri; Muhammad Afif Hamzi Mohd Zakir; Muhammad Faiq Fahmi Mohd Falahuddin; ⁠Anis Wafiah Najihah Mustafa dan Nureen Athilia Zulfa Zulkhairi.

Untuk rekod, ahli pasukan inovasi itu diketuai oleh dua pelajar iaitu, Mohd Faedz Ammar Mohd Faedzal dan Mohd Muadz Mohd Muslim.

Pasukan yang terdiri daripada 10 orang pelajar itu turut mendapat bimbingan daripada dua orang guru selaku mentor, Ismail Salleh dan Siti Salwa Johari.

Ismail Saleh berkata, ini merupakan kali pertama mereka memperoleh kemenangan menerusi produk yang baru diperkenalkan.

"Walaupun pada awalnya kami agak gugup, kami sangat bangga dengan pencapaian ini.

"Produk ASQEN Lotion Spray berjaya menarik perhatian juri dan kami amat gembira dengan pengiktirafan ini," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-05-20 at 5.40.28 PM

Hadiah dan sijil kemenangan yang berjaya diperoleh.

Lelaki berasal Pedu, Kedah itu berharap agar kejayaan itu menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berinovasi dan berusaha mencapai kecemerlangan.

"Insya-ALLAH, pasukan inovasi SMKA Kedah akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Invention Creativity Olympiad (WICO) yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada bulan Julai nanti, jika ada rezeki," katanya.

Mentor bagi Kelab Robotik SMKA Kedah itu juga pernah memenangi pelbagai pingat emas dan anugerah khas dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak terlibat dalam inovasi sejak 2019.

Tidak hanya itu, Ismail juga membangunkan aplikasi hafazan al-Quran iaitu aplikasi SMART AL-Q yang telah memenangi 10 pingat emas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Lelaki berusia 35 tahun itu juga pernah mendapat pelbagai anugerah seperti Cikgu Juara Digital, Anugerah Khas Pendidikan Peringkat Kebangsaan, Anugerah Guru Inovatif Kedah dan Anugerah Ikon Adiguru peringkat Negeri Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram