Tempoh 72 jam penentu Faisal 'discharge' lebih awal atau sebaliknya


  • Podium
  • Isnin, 20 Mei 2024

Ramai pihak yang memberi sokongan kepada Faisal (kiri) untuk kembali kuat selepas insiden itu. — Facebook/FAM

PENYERANG sayap bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat susulan insiden kes simbah asid menimpa dirinya dijangka mempunyai harapan untuk keluar lebih awal dari hospital.

Faisal yang juga tonggak bahagian serangan Selangor itu menjalani pembedahan terakhirnya pada pagi Isnin dan akan diperiksa selama beberapa hari oleh doktor sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Berita itu dikongsi oleh ketua perubatan Selangor, Dr Mohd Hazwan Khair yang memberitahu bahawa pemain berusia 26 tahun itu melalui prosedur ‘split skin grafting‘ iaitu pembedahan terakhir sebelum dia dibenarkan meninggalkan hospital di Shah Alam.

BACA LAGI: Solidariti dengan Faisal tapi Selangor FC masih terkial-kial

BACA LAGI: Polis edar lakaran wajah suspek simbah asid terhadap Faisal Halim

"Selepas pembedahan, kami perlu menunggu 48 hingga 72 jam untuk melihat keadaannya. Kami berharap ini adalah pembedahan terakhirnya. Pakar bedahnya akan memutuskan bila untuk membenarkan dia keluar dari wad.

"Usai keluar hospital, Faisal akan menjalani proses pemulihan, yang dipanggil ‘musculoskeletal rehabilitation‘. Kami tahu Faisal tidak sabar untuk kembali ke padang tetapi kami akan memantaunya sentiasa," katanya.

faisal dalamm

Keadaan Faisal ketika menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei lalu. — Facebook/SSFC

Pada 5 Mei lalu, Faisal melecur darjah empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan di badannya di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor.

Akibat dari insiden itu, Faisal mengalami luka melecur tahap empat dan terpaksa menjalani rawatan yang panjang termasuk proses ‘skin allograft’ bagi memulihkan lukanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram