'Win-win situation', Izham Tarmizi boleh bantu Syihan Hazmi jika turun berdepan The Jang


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Izham kembali ke kem Harimau Selatan selepas dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim lepas. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) hanya perlu menunggu beberapa jam lagi untuk menyajikan aksi menarik buat para penyokongnya dalam pertemuan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Sabtu.

Harimau Selatan dijangka bermain habis-habisan untuk perlawanan ini mereka selepas terlepas peluang beraksi pada aksi pertama apabila Selangor FC mengambil keputusan menarik diri pada Piala Sumbangsih yang juga pembuka tirai saingan liga.

Dari segi sejarah kemenangan, rekod Harimau Selatan usah diperdebatkan lagi namun skuad The Jang yang kini dikendalikan Azzmi Ab Aziz juga pasti ingin memberi saingan sengit kepada juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu.

BACA LAGI: Tekad mahu cekau 3 mata pertama, N9, Selangor dan Perak boleh guna bintang Asia

BACA LAGI: Tiga pemain berdarah Selangor boleh bantu NSFC 'lukakan' Harimau Selatan

Azzmi yang sebelum ini membimbing PDRM FC pada musim lepas berhasil menjadikan skuad Sang Saka Biru sebagai 'The Giant Killer' selepas menewaskan pasukan gergasi seperi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Selangor FC dan Sabah FC.

Dengan reputasi sebegitu rupa, taktikal yang bakal digunakan oleh Azzmi dalam perlawanan petang ini berpotensi untuk sekurang-kurangnya membolosi gawang JDT dan sekali gus membuat rekod menjadi pasukan pertama musim ini berbuat demikian.

Namun begitu, penyokong Harimau Selatan pastinya enggan gawang Harimau Selatan ditembusi terlalu awal dan bagi mengelak ia berlaku, ada peminat mencadangkan nama penjaga gol berpengalaman, Izham Tarmizi.

syihan syihan

Syihan merupakan penjaga gol nombor satu JDT buat masa ini. — Facebook/JDT

Walaupun ada yang kurang bersetuju permintaan sesetengah penyokong itu tetapi kemunculan kembali Izham di kem Harimau Selatan boleh disambut dengan memberinya peluang beraksi perlawanan menentang The Jang.

Ketangkasan dan prestasi menakjubkannya dalam mematahkan beberapa percubaan merbahaya ketika dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim lepas boleh dipraktikkan semula bersama Harimau Selatan musim ini.

Menurunkan Izham berbanding Syihan juga sebenarnya memberi situasi menang-menang kepada penjaga gol skuad kebangsaan itu untuk berehat bagi mempersiapkan diri menjelang perlawanan seterusnya bertemu Kuala Lumpur (KL) City yang jauh lebih kuat daripada skuad Jang.

Untuk rekod, Izham merekodkan 19 penampilan buat skuad Tok Gajah dalam kesemua pertandingan musim lalu dengan minit permainan bersama Sri Pahang pasti menambah keyakinannya untuk bersaing penjaga gol nombor satu bersama Syihan dan Farizal Marlias. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram