Boleh bagi hadiah mahal, tetapi jangan biasakan kerana budaya tidak sihat


  • Massa
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali tiba sambutan Hari Guru pada 16 Mei, pasti ada sesi pertukaran hadiah untuk cikgu yang dilakukan oleh murid-murid. — Gambar Hiasan

SUDAH menjadi kebiasaan setiap kali tiba sambutan Hari Guru pada 16 Mei, pasti ada sesi pertukaran hadiah untuk cikgu yang dilakukan oleh murid-murid.

Tradisi ini biasanya menjadi saat yang dinantikan oleh para guru dan murid, di mana mereka dapat menzahirkan penghargaan dan kasih sayang mereka melalui pemberian hadiah.

Pada Khamis, seorang murid mencuri tumpuan netizen apabila memilih barang kemas sebagai hadiah buat guru-gurunya sempena sambutan Hari Guru tahun ini.

BACA LAGI: Peniaga jajan viral cetus persaingan tidak sihat, akhirnya pelajar jadi mangsa — PIBGN

BACA LAGI: 'Guru kena terima hakikat, ikut sahaja tarikh ditetapkan KPM'

Menerusi satu klip video berdurasi 45 saat yang tular di TikTok, Nursashikin Din, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilihat membeli barang kemas untuk gurunya.

Pada masa sama, turut tular satu video seorang wanita meluahkan perasaan tidak mempunyai cukup wang untuk membeli hadiah Hari Guru yang diminta anaknya.

Menurut pemilik akaun TikTok, Siti Eainsyah, dia menjelaskan bahawa dirinya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.

79c34925-4462-4efc-aaa4-34b040f3b1b3

Tidak semua pelajar bernasib baik dan memiliki wang yang cukup untuk membeli hadiah untuk guru mereka.

Dalam suasana sedemikian, adalah penting untuk mengingatkan semua pihak bahawa nilai sebenar penghargaan bukan terletak pada harga hadiah, tetapi pada keikhlasan dan usaha di sebaliknya.

Tidak semua pelajar bernasib baik dan memiliki wang yang cukup untuk membeli hadiah. Bagi sesetengah pelajar, terutama yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, tradisi ini boleh menjadi tekanan tambahan kepada kanak-kanak itu sendiri.

Mereka mungkin merasa rendah diri atau malu kerana tidak mampu memberikan sesuatu yang berharga kepada guru mereka.

Sehubungan itu, ada segelintir dalam kalangan pendidik yang menggalakkan pelajar untuk membuat hadiah DIY (do it yourself) atau memberikan kad ucapan yang ditulis sendiri.

Jamalludin Ghafar berkata, aktiviti seperti ini bukan sahaja lebih menjimatkan, tetapi juga memberikan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan kreativiti dan menunjukkan usaha mereka.

"Guru-guru juga perlu menyampaikan mesej bahawa perhatian dan penghargaan mereka terhadap pelajar tidak bergantung kepada hadiah material," katanya.

Seorang lagi warga maya, Elly Hj Othman berpendapat tradisi membeli hadiah yang mahal buat para guru tidak boleh dijadikan amalan oleh pelajar.

"Takut menjadi budaya yang kurang sihat pula. Ibu ayah berlumba-lumba bagi hadiah mahal," tulisnya.

Saydee Shawnqber pula mencadangkan sekiranya ibu bapa pelajar atau murid tersebut tidak perlu membeli hadiah mahal tetapi cukup menyumbang peralatan sekolah.

"Kalu beli hadiah mahal tak nak untuk diri sendiri tetapi nak minta sumbangan alat-alat bagi membantu guru mengajar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram