Ahli bertuah Marriot Bonvoy diraikan penuh meriah sepanjang Festival Banyak Bagus


  • Bizz
  • Isnin, 13 Mei 2024

Hotel Palm Garden, Putrajaya, menganjurkan Bonvoy Moments for Malaysia dengan kerjasama Festival Banyak Bagus.

BUAT julung kalinya pada 2024, Palm Garden Hotel, Putrajaya menganjurkan Marriott Bonvoy Moments untuk hotel di Malaysia apabila bekerjasama dengan Festival Banyak Bagus, anjuran Very The Good Entertainment selama dua hari bermula 4 Mei lepas.

Marriott Bonvoy Moments merupakan program yang dianjurkan khusus buat ahli Marriott Bonvoy apabila mereka boleh menebus mata ganjaran untuk menikmati program terbesar berkenaan sekali gus meraih pengalaman eksklusif.

Palm Garden Hotel tidak ketinggalan memeriahkan Festival Banyak Bagus apabila menyediakan Pas VIP Selebriti serta menawarkan tiga pakej (untuk dua orang setiap pakej) sehari untuk dimenangi pembida tertinggi.

BACA LAGI: Pengeluaran Akaun 3 minimum RM50 sehari, lebih RM250 perlu proses e-KYC

BACA LAGI: [VIDEO] Sabah Sarawak dah lama buat tapi ada sebab konsep niaga 'based on trust' tak boleh pakai di Semenanjung

_DSC0667

Kumpulan Dolla yang dibarisi oleh Sabronzo (kanan), Angel (tiga dari kanan) dan Tabby (tengah) turut hadir memeriahkan lagi program tersebut.

Pakej itu juga termasuk penginapan satu malam di Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Pada masa sama, Pas VIP Selebriti juga membolehkan pemenang menonton persembahan secara eksklusif selain mempunyai akses ke kawasan belakang pentas untuk bertemu artis jemputan.

Menariknya, pemenang program tersebut turut diberi tempat duduk khas dan mempunyai keistimewaan untuk melihat persembahan barisan selebriti dengan lebih dekat.

Festival Banyak Bagus merupakan festival muzik ASEAN yang menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Festival berkenaan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines, Selangor pada 4 dan 5 Mei lalu.

Festival Banyak Bagus yang bermula pukul 3 petang hingga 10 malam itu menyaksikan penonton digamatkan dengan persembahan daripada selebriti terlibat selain dihiburkan dengan kemunculan istimewa, Upin dan Ipin sepanjang festival berlangsung.

Seperti program lain, festival ini juga menyediakan gerai-gerai yang menjual barangan, makanan dan minuman untuk pengalaman yang menyeronokkan sepanjang hari.

_DSC0896

Sebahagian reaksi penonton yang hadir dalam program berkenaan pastinya sukar untuk melupakan pengalaman berharga tersebut.

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Very The Good Entertainment dalam membawa bakat-bakat ini untuk membuat persembahan di Malaysia, sebahagian daripada mereka buat pertama kali di Malaysia dan menginap di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

"Setiap persembahan yang disajikan cukup membuat para penonton terpesona dengan persembahan yang hebat di Festival Banyak Bagus.

"Palm Garden Hotel dan hotel Marriott Bonvoy serta cawangan lain di IOI Resort City menantikan kerjasama selanjutnya dengan VTG Entertainment untuk membawa nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia dan tetamu ke IOI Resort City,” kata Pengarah Kluster Jualan dan Pemasaran Hotel Marriott Bonvoy di IOI Resort City dan Puchong, Tan Lee Fong.

Para pemenang Marriot Bonvoy Moment sudah pasti sukar melupakan pengalaman yang berharga tersebut selepas menyaksikan persembahan artis yang hadir antaranya Insomniacks, Dolla dan Jaclyn Victor dari Malaysia, Tillybirds dan Nanon (Thailand), Ben & Ben (Filipina) dan Lyodra (Indonesia) yang membuat penampilan pada 4 Mei 2024.

Tidak lupa juga enam pemenang yang berpeluang menikmati persembahan Aisha Retno dari Malaysia dan Fabio Asher (Indonesia) di samping kumpulan terkenal dari Thailand iaitu Getsunova, ATLAS dan 4Eve serta LYKN, dan tidak dilupakan Zack Tabudlo (Filipina) yang tampil pada 5 Mei 2024.

Pemenang Marriott Bonvoy Moments untuk kedua-dua hari itu juga berkongsi momen menakjubkan kerana berpeluang berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka di samping menikmati penginapan yang menyeronokkan di Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Untuk makluman, Palm Garden Hotel, Putrajaya mengambil bahagian dalam program Marriott Bonvoy yang memenangi anugerah daripada Marriott International.

Setiap ahli boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk menginap di mana-mana hotel atau resort sambil menikmati pengalaman pengembaraan dengan jiwa yang tenang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.palmgardenputrajaya.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram