[VIDEO] Bukit Tunku ni memang 'somethinglah', niat nak 'healing' terbantut angkara suara mengilai


  • Massa
  • Khamis, 09 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan dua lelaki mengakui terdengar suara seakan-akan mengilai ketika berada di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

MENAWARKAN sudut pemandangan ibu kota yang menarik menjadikan Bukit Tunku, Kuala Lumpur sebagai antara pusat tarikan popular dalam kalangan anak-anak muda khususnya.

Juga dikenali sebagai Kenny Hills, Bukit Tunku terkenal dengan kawasan hartanah mewah dan eksklusif yang diserikan dengan hijau-hijauan tumbuhan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa kawasan tersebut agak 'keras' dan ramai yang pernah berdepan pengalaman mistik ketika melewati kawasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Kampung Baru dirasuk puntianak, histeria mengilai atas bumbung rumah

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu tiri tergamak bagi anak 11 tahun minum kopi campur racun tikus di Bagan, Indonesia

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, niat dua pemuda untuk bersantai sebentar di kawasan Bukit Tunku pada Isnin lalu terbantut selepas mendengar suara seakan-akan mengilai.

Kejadian kira-kira pukul 4.16 pagi itu dirakam kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kenderaan lelaki tersebut, sebelum dimuat naik di laman X (Twitter) @ricxxxkiddo pada Rabu.

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah kenderaan berhenti di bahu jalan sebelum kedua-dua pemandu dan penumpang keluar dengan tujuan mahu berehat dan menikmati suasana sunyi di kawasan itu.

Bukit Tunku

Bukit Tunku pernah digemparkan dengan kes penampakan sosok dipercayai makhluk halus beberapa tahun lepas.

Berdasarkan klip itu juga, suasana sekitar dilihat agak gelap dengan tiada seorang pun manusia atau kereta lain yang berada di situ.

Setelah beberapa ketika, mereka tiba-tiba terdengar suara wanita ketawa sebelum bergegas masuk semula ke dalam kereta dan beredar dari situ.

"Bad vibe haa.. (suasana tidak baik)," kata salah seorang lelaki itu.

"Jangan tanya kenapa kita pergi dari sini, kita keluar dulu dari sini,” kata rakannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut berkongsi pengalaman menyeramkan mereka sewaktu berada di Bukit Tunku.

"Bukit Tunku ni memang something lah. Ada dengar cerita pasal abang Grab tak jumpa rumah sebab (aplikasi Google) Maps dia asyik pusing-pusing. Sampai sahaja alamat alamat yang diberi, rumah kosong tiada penghuni," kongsi @fckupayy.

"Bukti Tunku ke? Kami geng kawalan serangga sudah lali dah, fogging selalu selesai dekat Maghrib, kemas barang dah dekat pukul 8 malam, macam-macam bunyi dengar, belum lagi yang bertenggek atas pokok," komen @encikacu.

"Jangan main-main dengan Bukit Tunku. Beberapa tahun lalu semasa aku bawa Grab car, tiga jam aku pusing-pusing dalam ini tak jumpa jalan keluar," cerita @FaizulArslee.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram