[VIDEO] Wanita Kampung Baru dirasuk puntianak, histeria mengilai atas bumbung rumah


  • Benua
  • Khamis, 13 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang wanita itu berdiri di atas bumbung sebuah rumah histeria sambil ketawa mengilai.

SATU rakaman video seram memaparkan seorang wanita sedang histeria berdiri di atas bumbung rumah kerana didakwa dirasuk puntianak tular di media sosial tular baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Dusun Kampung Baru, Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Menurut warga kampung, wanita yang hanya dikenali sebagai 'IH' berusia 20 tahun pada mulanya menghilangkan diri sejak Sabtu lalu pada waktu maghrib.

Dia kemudiannya ditemui orang ramai sekitar 200 meter dari rumahnya dan dilihat sedang ‘merayap’ naik pokok mangga. Malah, ranting pokok yang dipanjat wanita itu tidak patah ketika dipijak.

Lebih menyeramkan lagi, perempuan berbaju putih itu kemudiannya dilihat seakan-akan terbang ke arah bumbung rumah salah seorang penduduk di kampung berkenaan.

Dalam video tersebut turut memaparkan wanita itu tiba-tiba berdiri di atas bumbung rumah sambil ketawa mengilai.

Menurut Munawir, perempuan itu sebelum ini pernah hilang ketika dirasuk puntianak.

“Dia pernah ditemui di kampung lain sebelum dibawa pulang oleh keluarganya,” katanya.

Wanita berkenaan akhirnya berjaya dibawa turun dari bumbung rumah oleh seorang ketua penduduk. Dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga awal pagi Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Histeria, Dirasuk, Ketawa Mengilai, Seram, Benua