SEORANG pelancong lelaki warga Britain patah tulang pinggul selepas melakukan aksi terjunan di sebuah tebing di Charco del Tancon, Puerto Santiago, Tenerife Utara, Sepanyol pada 15 April lalu.
Aksi 'berani mati' itu dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di media sosial.
Berdasarkan rakaman tersebut, lelaki berusia 40 tahun itu dilihat melompat dari atas tebing sambil rakan-rakannya membuat kiraan countdown.
BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa maut tersepit antara 2 lori baru bertunang, patut berkahwin Disember ini — Rakan
BACA LAGI: Gara-gara tak cukup duit ganti pemadam, budak perempuan 9 tahun 'rela dirogol' rakan sebaya
#Tenerife/ Calcula mal el salto en un zona (El Tancón) con el acceso prohibido.
Se revienta. pic.twitter.com/FfFUZM5ups
— Canario Today (@CanarioToday) April 17, 2024
Bagaimanapun percaturannya tidak mengena. Akibat melompat terlalu jauh, badannya terhempas pada batu sebelum terjatuh ke dalam laut.
Rakannya yang lain kemudian bertindak pantas dengan menarik lelaki itu keluar dan membaringkannya sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.
Anggota bomba yang tiba membawanya ke Hospital Universiti Hospiten Sur untuk rawatan lanjut.
Tangkap layar memaparkan aksi 'berani mati' seorang lelaki ketika melakukan aksi terjunan di sebuah tebing di Charco del Tancon.
Untuk rekod, kawasan pelancongan yang terkenal dengan pemandangan yang memukau itu pernah memiliki beberapa rekod kemalangan sebelum ini.
Walaupun diberi amaran dan sekatan, pelancong berterusan melawat kawasan itu kerana tertarik dengan keindahan semula jadi dan keseronokan menyelam tebing. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram