Tawaran pembaharuan lesen, cukai hanyalah servis pilihan — BJAK


  • Massa
  • Isnin, 06 Mei 2024

BJAK memaklumkan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan hanyalah servis pilihan kepada pelanggan.

PENAWARAN perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan hanyalah sebagai perkhidmatan pilihan kepada pelanggan, demikian maklum platform dalam talian, BJAK Sdn Bhd (BJAK).

BJAK dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, perkhidmatan utamanya masih perbandingan dan pembaharuan insurans kenderaan bermotor, disertakan dengan perkhidmatan individu berkepentingan (VIP) yang khas untuk pelanggan.

Jelasnya, platform lain biasanya mengenakan bayaran yang dari RM3 hingga RM11 untuk perkhidmatan pembaharuan, namun BJAK menjadikan perkhidmatan pilihan tersebut percuma untuk semua pelanggan.

BACA LAGI: Jangan mudah percaya, iklan pembaharuan lesen, cukai BJAK tiada kelulusan JPJ

BACA LAGI: Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng

BJAK

Iklan BJAK tidak mendapat kelulusan JPJ. — Facebook/BJAK

"BJAK sebelum ini menanggung sebarang caj kepada pembekal rasmi JPJ," katanya.

Penyedia perbandingan insurans dalam talian terkemuka di Malaysia itu turut menjelaskan, perkhidmatan pembaharuan cukai jalan BJAK kini ditawarkan kepada pelanggan tanpa sebarang caj.

Ujarnya, ia sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pembaharuan lebih mudah dan berkesan dari segi kos bagi pelanggannya.

"BJAK mengekalkan ulasan tertinggi dalam industri, merangkumi lebih 250,000 ulasan di Google.

"Semua komen diberi jawapan dengan liputan 100 peratus. BJAK mempunyai matlamat penyelesaian pada hari yang sama untuk semua pertanyaan atau maklum balas oleh pelanggan," katanya.

People queuing at the Bandar Sri Permaisuri JPJ branch in Kuala Lumpur. — SAMUEL ONG/The Star

BJAK kini giat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia. — Gambar hiasan

Syarikat itu bagaimanapun mengakui isu-isu yang dibangkitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dan kini giat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia.

"Kempen cukai jalan percuma BJAK adalah sebahagian inisiatif swasta yang bertujuan meningkatkan nilai pelanggan dan tidak berkaitan dengan sebarang mandat kerajaan.

"BJAK tetap komited menyediakan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan yang luar biasa sambil mengekalkan standard pematuhan yang tertinggi," maklumnya.

Majoriti pada Isnin melaporkan, perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai yang dilakukan BJAK tidak mendapat kelulusan JPJ Malaysia.

Menurutnya, tindakan menguar-uarkan iklan syarikat itu melalui laman web bjak.my dan media sosial juga adalah tidak benar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram