Alami kecederaan sebelum liga bermula, fans Terengganu persoal kualiti import Eropah


  • Podium
  • Khamis, 09 Mei 2024

Misi besar diletakkan skuad Sang Penyu selepas membuat rombakan besar-besaran sepanjang jendela perpindahan. — Facebook/Terengganu FC

PERSIAPAN akhir diteruskan Terengganu FC menjelang aksi pembukaan Liga Super berdepan Perak FC di laman sendiri pada Sabtu dalam harapan meraih tiga mata pertama.

Tetapi, beberapa kekangan perlu dihadapi kelab Pantai Timur tersebut, terutamanya selepas pemain pinjaman, Akhyar Rashid berdepan dengan insiden jenayah samun Khamis lalu.

Isu sedemikian sudah tentu memberi impak hebat terhadap mentaliti pemain lain sehingga membuatkan mereka sukar memberi fokus di padang latihan.

BACA LAGI: Kelibat import baharu tiada dalam latihan, mula timbul tanda tanya penyokong Terengganu

BACA LAGI: Bintang buangan Penang FC dilabel hero KDN FC lepas rencatkan persiapan Terengganu

WhatsApp Image 2024-05-09 at 16.26.34

Steenvoorden dilihat mengalami kecederaan lutut baru-baru ini.

Dugaan sekali lagi dialami skuad Sang Penyu selepas satu laporan mengatakan bek import baharu, Matthew Steenvoorden mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibedah.

Perkara itu diketahui selepas lutut pemain dari Belanda tersebut kelihatan berbalut selain menggunakan tongkat untuk berjalan, namun tidak dikenal pasti bilakah foto tersebut diambil.

Bagaimanapun, ia sudah cukup untuk membuatkan orang ramai mempersoalkan keadaan kesihatan bek tengah berkenaan yang diambil dengan risiko kecederaan.

"Tiada hujan, tiada ribut, tiba-tiba sahaja alami pembedahan. Bila pula dia cedera? Tidak nampak pula cedera sepanjang pramusim," kata Kamaruzaman Abdul Kayum.

created by InCollage

Rekod kecederaan dan kecergasan Steenvoorden menimbulkan keraguan. Facebook/Terengganu FC

"Hantar baliklah. Liga dah nak bermula, boleh pula dia cedera," kata Muhammad Darus.

"Kadang-kadang, perkara beginilah membuatkan peminat dan penyokong hilang semangat. Inilah antara puncanya," kata Shaimi Hamid.

Steenvoorden sertai Terengganu FC dari kelab Uzbekistan, Pakhtakor FC pada Februari lalu untuk menggantikan Sardor Kulmatov yang meninggalkan mereka.

Kariernya yang cukup membanggakan menyaksikan skuad Sang Penyu mengambil keputusan mendapatkan khidmatnya apabila dia pernah beraksi dalam beberapa kelab di liga Belanda, seperti Feyenoord dan SC Cambuur.

Bagaimanapun, sekiranya kecederaan terus dialaminya, kelab Pantai Timur berkenaan perlu mengambil keputusan meletakkan 'ubi muda', Safwan Mazlan sebagai bek tengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram