Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng


  • Massa
  • Isnin, 06 Mei 2024

Menteri atau Ahli Parlimen yang kerap tidak hadir disarankan untuk ditarik daripada menerima manfaat kenaikan gaji seperti penjawat awam. — Gambar hiasan

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji seperti diumumkan kerajaan pada 1 Mei lalu sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan selain menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Namun di sebalik berita gembira itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi 'amaran' kepada penjawat awam bahawa kenaikan gaji tidak akan dinikmati bagi mereka yang didapati bersikap malas, cuai dan tidak hadir kerja.

Beliau turut memohon agar semua penjawat awam sentiasa memantau dan mengenal pasti pekerja kerajaan yang merosakkan nama baik sektor tersebut.

BACA LAGI: Kepala air di Lahad Datu: 3 pendaki maut, 3 lagi masih hilang

BACA LAGI: Politik pejabat, jadi 'kambing hitam ' antara sebab Gen-Z, milenial tak minat jawatan pengurus — Kajian

2678727

Penjawat awam yang cuai dan malas bekerja tidak akan menerima kenaikan gaji. — Gambar hiasan

Anwar pada masa sama mahu penjawat awam mengekalkan integriti supaya ia setimpal dengan pengiktirafan dan keyakinan kerajaan berikan melalui pelarasan gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Katanya, tidak adil bagi pekerja yang kerja bertungkus-lumus mendapat kenaikan sama dengan individu malas dan bermasalah.

Pengumuman itu bagaimanapun menerima pelbagai respons daripada warga maya yang dilihat menggesa kerajaan melakukan tindakan sama terhadap ahli Parlimen mahupun ahli politik yang culas bekerja.

Mengulas lanjut, rata-ratanya meminta untuk pihak kerajaan memantau golongan itu seperti yang dilakukan kepada penjawat awam.

425997

Pelbagai reaksi diterima selepas pengumuman Anwar berhubung isu gaji penjawat awam. — The Star

Menurut pengguna akaun Facebook Ron Guiza, menteri dan wakil rakyat yang gagal dalam kementerian di bawah seliaannya sebaiknya ditarik kembali manfaat atau elaun yang diterima.

"Menteri yang tidak hadir dalam Parlimen patut dipotong gaji," tambah Norazemi Rosli.

"Bukan sahaja menteri, Ahli Parlimen yang ponteng pun patut potong gaji dan elaun termasuk pembangkang," komen Blake Pare.

Namun, ada pula yang menyarankan agar penjawat awam diberikan amaran terlebih dahulu sebelum diambil tindakan sedemikian.

"Gunakanlah kuasa surat amaran tiga kali, cukup tiga kali bermakna dia tidak berminat untuk berkerja, nasihat berhenti dan cari kerja lain," cadang Jen Tayu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram