Seri dengan Melaka buktikan skuad depth Kedah tak boleh pergi jauh, masih rapuh


  • Podium
  • Ahad, 05 Mei 2024

Antara aksi Akmal (kiri) dan Melaka FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC sekadar meraih keputusan seri 1-1 menentang pasukan Liga A1 Semi Pro, Melaka FC pada perlawanan pramusim terakhir skuad Sang Kenari di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.

Kegagalan meraih kemenangan ke atas pasukan bertaraf divisyen tiga itu pasti akan menjadi pengajaran buat jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain mencari kelompangan yang ada sebelum aksi pembukaan menentang PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 11 Mei ini.

Bukan itu sahaja, keputusan kurang memberangsangkan pasukan Hijau Kuning itu pasti digunakan Nafuzi untuk menentukan kesebelasan terbaik KDA FC dengan pilihan pemain perlu sesuai dengan corak permainannya pada musim baharu ini.

BACA LAGI: Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid

Pada aksi menentang Melaka itu, pengendali kelahiran Kelantan berkenaan mengambil tindakan berani untuk berekperimentasi dengan menurunkan 50 peratus pemain simpanan seperti Fadzrul Danel, Kamil Akmal, Zamri Pin Ramli dan Hasbullah Abu Bakar.

Percaturan Nafuzi bagaimanapun tidak memberi keputusan positif apabila dikejutkan dengan gol pembukaan dihasilkan pasukan pelawat pada minit ke-10 menerusi usaha dari penyerang sayap, G Durrkeswaran.

isi dalam kedah

Kesebelasan utama Kedah menentang Melaka pada Sabtu. — Facebook/KDA FC

BACA LAGI: 'Buah last!', Kedah dijangka umum import terakhir level berkelas dunia

Selepas tersentak dengan permainan dari Melaka FC, Nafuzi memilih untuk menukar pemain dengan memasukkan beberapa tonggak utama seperti Habib Haroon, Akmal Zahir, Ariff Farhan, Fayadh Zulkifli dan Syafiq Ahmad pada babak kedua.

Pasukan Utara tanah air berkenaan akhirnya meraih gol penyamaan selepas tandukan pemain gantian pertahanan tengah, Akmal Zahir menembusi gawang Melaka FC yang dijaga oleh T. Shaheesswaran.

Perbezaan permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain utama dan kedua pada aksi menentang Melaka itu menimbulkan kebimbangan penyokong mengenai skuad depth Kedah untuk musim baharu ini.

"Skuad depth ini masalah tidak kuat. Nafuzi Zain dah cuba bagi minit pun masih tak boleh pergi," kata penyokong Kedah, Kapten Leo.

"Nampak ketara permainan antara skuad simpanan dan utama. Susah nak buat rotation pemain begini," bagi peminat Sang Kenari, Edy Bos.

"Tidak boleh pergi skuad depth Kedah ini. Tengah Amirul/Hasbullah/Danel nak boleh buat apa. Danel itu tidak patut masuk main pun," luahan penyokong Kedah, Joe Six. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram