GELAGAT seorang pengadil perlawanan bola sepak tempatan sempat mencuri tumpuan warga maya apabila satu insiden mencuit hati tular di media sosial.
Kejadian mencuit hati itu berlaku dalam aksi persahabatan liga sosial yang dipercayai berlangsung di gelanggang rasmi pasukan FELDA United iaitu Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada Sabtu.
Meskipun begitu, tidak dipastikan nama bagi kedua-dua pasukan berkenaan.
BACA LAGI: Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid
BACA LAGI: Separuh akhir Piala Thomas: Justin Hoh kekal perseorangan ketiga negara bertemu China
Menariknya video yang dikongsikan di laman X tersebut, memaparkan pengadil perlawanan itu dipercayai mengalami sakit perut sehingga aksi berkenaan terpaksa dihentikan seketika.
"Pertama kali dalam sejarah bola sepak moden perlawanan tertangguh seketika sebab refree sakit perut, cirit tak tahan," tulis @alepzaki.
Meskipun begitu, para pemain kedua-dua pasukan dilihat sabar menunggu kehadiran pengadil berkenaan kembali di atas padang.
Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan reaksi mencuit hati dan memberikan pendapat kerana terhibur dengan insiden tersebut.
"Astaga, kalau aku gelak ni, dosa tak?," kata @aarif_twts.
"Bukan biasa-biasa pengadil ni ya, mentang-mentang bos atas padang, relax je stop game," kata @ajikakap.
"Jarang berlaku refree macam ni ya, buat hal betul refree ni," kata @fariqqq. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram