SEORANG pelayan bertindak menikam seorang ahli majlis perbandaran berstatus VIP sehingga mati di sebuah restoran di bandar Camocim, Brazil pada Ahad.
Menurut laporan media antarabangsa, tindakan itu diambil selepas suspek, Antonio Charlan mendakwa anak perempuannya menjadi sasaran skim penculikan.
"Mereka mahu menculik anak perempuan saya untuk dijual di luar negara.
"Ramai orang yang terlibat (dalam kes ini), mereka sangat-sangat berpengaruh," dakwa Antonio kepada pemberita pada Isnin.
Kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan dikongsikan di media sosial baru-baru ini.
Menerusi rakaman tersebut, mangsa yang juga anggota majlis perbandaran Camocim, Cesar Veras, 51, dilihat sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah restoran sebelum dia dan dua lagi diserang suspek secara tiba-tiba.
Tidak lama selepas itu, Antonio menghampiri Cesar dari belakang dan mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur.
BACA LAGI: [VIDEO] Laluan pejalan kaki penuh dengan kereta dan motosikal, rakyat sukar ikut saranan KKM
Pelayan tikam mati anggota majlis sebuah bandar di Brazil pic.twitter.com/rxkhauuAoS
— iftitah_rozlan (@iftitahrozlan) May 2, 2024
BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata
Ahli majlis itu bangun dari tempat duduknya dan berlari ke arah pintu masuk sambil rakannya membaling gelas ke arah Antonio.
Antonio kemudian menghampiri meja Fabio dan menikamnya dari belakang sebelum menikam Neto di perut.
Dalam kejadian itu, Cesar dikejarkan ke Hospital Deputado Murilo Aguiar dan disahkan meninggal dunia.
Dua lagi mangsa yang merupakan pemilik restoran, Euclides Neto, 56, dan pelanggan, Fabio de Castro, kedua-duanya dikejarkan ke Santa Casa de Sobral selepas mereka juga ditikam.
Sementara itu, Sekretariat Negeri Ceara bahagian Keselamatan Awam dan Pertahanan Sosial memaklumkan, Antonio ditangkap ketika cuba melarikan diri dari bandar.
Dia didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dan kes cubaan membunuh serta perbicaraannya dijadualkan berjalan pada Isnin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram