Separuh akhir Piala Thomas: Justin Hoh kekal perseorangan ketiga negara bertemu China


  • Podium
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Justin Hoh yang meraih dua kemenangan dan satu kekalahan dalam aksi Piala Thomas diberi kepercayaan bertemu Lu Guang Zu. — The Star

PEMAIN badminton negara, Justin Hoh mengekalkan slot sebagai pemain perseorangan ketiga untuk separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Chengdu High-Tech, China menentang China pada Sabtu.

Pemain berusia 20 tahun tersebut memulakan tiga perlawanan dengan meraih dua kemenangan bertemu Mohamed Abderrahime Belarbi (Algeria) dan Chan Yin Chak (Hong Kong) serta satu kekalahan berdepan Denmark (Rasmus Gemke).

Perlawanan yang akan berlangsung di Pusat Sukan Zon Hi-Tech di Chengdu pada pukul 5 petang menyaksikan Justin akan menentang pemain nombor ke-19 dunia, Lu Guangzu.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi sengit liga tertangguh seketika, pengadil tinggalkan padang angkara sakit perut

Justin Hoh

Justin Hoh akan bertemu Lu Guangzu dalam aksi separuh akhir Pusingan Akhir Piala Thomas. The Star

BACA LAGI: Misi mustahil runtuhkan Tembok Besar, Malaysia perlu belajar sesuatu dari Denmark

Dalam perkembangan lain, seperti yang dijangka, pemain nombor ke-10 dunia, Lee Zii Jia akan menentang pemain nombor dua dunia, Shi Yuqi dalam perseorangan pertama.

Manakala, Leong Jun Hao akan menentang Li Shifeng dalam perseorangan kedua.

Dalam acara beregu, bekas juara dunia, Aaron-Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu pemain nombor satu dunia, Liang Weikeng-Wang Chang.

Naib juara Asia, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang menghadiahkan mata kemenangan skuad negara ketika mengatasi Jepun di suku akhir akan turun menentang He Ji Tng-Ren Xiang Yu. — The Star/ R.KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram