Astro tawar 219 perlawanan dalam HD, sedia aktiviti menarik sepanjang musim


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Sekitar Majlis Pelancaran Liga Malaysia 2024/2025 bersama Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia.

PEMINAT bola sepak tanah air pasti sudah tidak sabar menantikan kehangatan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/25.

Astro selaku penyiar rasmi Liga M bagi musim kedua tahun ini akan membawakan sebanyak 219 perlawanan dalam Definisi Tinggi (HD) bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 10 Mei ini.

Berita baik buat pelanggan Astro juga di mana semua pelanggan Astro dapat menikmati akses tanpa caj tambahan untuk semua perlawanan siaran langsung Liga Malaysia untuk musim baharu.

Ia merangkumi perlawanan Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia dalam definisi tinggi (HD) di Arena Bola (Saluran 803 & 804) dan Astro Arena (Saluran 801 & 802) atau dengan melayari Astro GO.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, keghairahan peminat terhadap Liga M pada musim lalu memberi inspirasi kepada kami untuk menawarkan tawaran eksklusif ini kepada peminat.

BACA LAGI: Pramusim di Sepanyol beri peluang 3 bintang JDT termasuk Nazmi Faiz kembali menyengat di Liga Super 2024

Foto berkumpulan - Pelancaran Musim Baharu Astro x Liga Malaysia 24_25

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong (empat dari kanan) bersama Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan (empat dari kiri) turut hadir Majlis Pelancaran Liga Malaysia 2024/2025.

BACA LAGI: Hasil didikan akademi JDT, 'Haaland Keningau' wakili Malaysia ke kejohanan Asean B-16

"Kami yakin usaha ini mampu memacukan lagi pembangunan bola sepak tempatan dengan memberi keseronokan kepada peminat merasai pengalaman tontonan mengujakan ini dari atas pandang, langsung ke rumah atau melalui peranti pilihan peminat.

“Rentetan kejayaan pada musim lalu, kami akan terus meningkatkan lagi kandungan terbaik program dengan membawakan analisis mendalam dari tetamu pakar bola sepak, sidang media pra-rancangan, siaran langsung untuk sesi latihan pasukan, temu bual eksklusif pemain serta akses di sebalik tabir perlawanan.

"Bukan itu saja, pelbagai tawaran istimewa kepada pelanggan bertuah Astro yang mana mereka boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan dengan lebih dekat serta bertemu pemain-pemain kegemaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, dia percaya kerjasama dengan Astro untuk tahun kedua pasti lebih menarik.

Menurutnya, ia dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh Astro dari segi produksi penyiaran, program-program TV berkaitan bola sepak serta pakej-pakej yang ditawarkan kepada penonton-penonton bola sepak tempatan.

“Saya berterima kasih kepada Astro atas usaha dan komitmen mereka untuk membangunkan industri bola sepak menerusi siaran langsung perlawanan Liga Malaysia secara komprehensif.

"Apatah lagi dengan siaran langsung menerusi paparan definisi tinggi (HD) dalam semua perlawanan serta definisi tinggi ultra (UHD) dalam perlawanan terpilih bagi menambah kepuasan penonton,” katanya.

13 pasukan hebat akan bersaing di antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara Liga Super 2024/2025 yang mana telah dimenangi oleh JDT pada musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram