TINDAKAN beberapa pemuda yang dipercayai membuang sampah sarap hingga mencemarkan Sungai Klang, Selangor mendatangkan kemarahan orang ramai.
Kejadian tersebut dirakam penduduk yang berada di kawasan berkenaan sebelum dimuat naik di media sosial pada Sabtu.
Klip berdurasi seminit 20 saat itu memaparkan tiga lelaki bertindak membuang sampah daripada sebuah lori berwarna putih.
Difahamkan, mereka kemudian segera beredar dari situ selepas perbuatan itu ditegur orang awam.
"Lepas kena maki dengan aku terus lari, lori syarikat mana ini? Jenis manusia tidak ada sivik," katanya menerusi rakaman video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam tindakan mereka yang selamba membuang sampah ke dalam sungai tanpa rasa bersalah.
Terdapat juga pengguna media sosial yang berpandangan, denda atau kompaun yang dikenakan terhadap pelaku agak rendah menjadi antara punca rakyat Malaysia selamba membuang sampah di merata-rata tempat.
Nak buat macam mana. Denda dan hukuman buang sampah dan punca pencemaran alam kat Malaysia ni rendah. Kalau denda RM100K pun tp untung company yang buang sampah tu RM1 Juta. Korang rasa ada kesedaran ke? Patutnya denda juta juta dan hold lesen operasi min setahun. pic.twitter.com/ykwgbCyt7M
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 27, 2024
BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu
"Nak buat macam mana. Denda, hukuman buang sampah dan punca pencemaran alam di Malaysia ini rendah.
"Kalau denda RM100,000 pun tapi untung syarikat yang buang sampah tu RM1 juta, kalian rasa ada kesedaran ke?
"Patutnya denda juta-juta dan sekat lesen operasi mininum setahun," katanya.
Pengguna dengan nama akaun @wanaaqil turut mempersoalkan bagaimana golongan tersebut tergamak melakukan perbuatan yang secara terang boleh merosakkan alam sekitar.
"Macam mana mereka boleh ada hati nak buang sampah dekat sungai macam itu saja, nak jadi macam India ke?" soalnya.
"Kalau macam inilah sikap rakyat Malaysia, nampak gayanya aktiviti pembersihan Sungai Klang memang tidak akan ada penghujungnya," tulis @AmranIsmali.
Untuk rekod, lebih RM700,000 kompaun dikeluarkan kepada penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sungai di Selangor sepanjang 2021 hingga tahun lalu.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan sedang membuat penelitian untuk meningkatkan penguatkuasaan dan hukuman undang-undang ke atas individu yang membuang sampah di sungai.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sehubungan itu beberapa akta berkaitan sudah pun dipinda dan sebahagiannya masih dalam proses pemindaan yang melibatkan peningkatan tempoh hukuman penjara serta jumlah denda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram