'Elak kalah lawan Kedah', misi balas dendam Sony Norde dan Habib Haroon


  • Podium
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Terengganu akan melayani kunjungan KDA FC dalam aksi kedua Agarbomb Performance Cup pada Jumaat.

TERENGGANU FC (TFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pastinya mahu melakar kemenangan kedua di pentas Agarbomb Performance Cup selepas kedua-dua pasukan telah mengutip tiga mata penuh pada aksi pertama kejohanan itu.

Pertembungan di antara dua gergasi Liga Malaysia ini boleh diibaratkan seperti perlawanan 'reunion' apabila tiga bekas pemain Terengganu akan kembali ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Jumaat.

Tiga pemain tersebut ialah bekas duo import TFC musim lalu, Sony Norde dan Habib Haroon manakala seorang lagi ialah Faiz Nasir yang dipinjamkan ke Sang Kenari musim ini.

Selain tiga pemain itu, pengendali Kedah, Nafuzi Zain juga akan bertemu dengan bekas anak-anak buahnya pada malam ini (Jumaat) memandangkan beliau pernah mengendalikan pasukan itu pada musim 2019 sehingga 2022.

BACA LAGI: 'Ref botak is back', bakal kendalikan VAR Liga Super?

Pertemuan Terengganu dan Kedah boleh dijadikan pentas buat Sony Norde membalas dendam kepada barisan kejurulatihan Sang Penyu kerana tidak meneruskan khidmatnya walaupun beraksi cemerlang pada musim lalu.

Manakala, bekas ketua pasukan TFC, Habib pastinya mahu membuktikan diri sebagai salah seorang import berkualiti dalam Liga M dengan menewaskan anak-anak buah Tomislav Steinbruckner sekali gus mencatatkan kemenangan kedua dalam kejohanan itu.

Namun lain pula bagi penyokong Terengganu apabila mereka tidak mahu pasukan Sang Penyu tewas di tangan Nafuzi Zain walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan.

"Terubat rindu penyokong dengan Sony Norde dan Habib Haroon malam ini, sebab boleh tengok pemain idola mereka atas padang," kata Yassin Sani.

"Misi wajib menang bertemu Kedah, tak kira 'friendly' atau 'game' sebenar, jangan kalah dengan Kedah," jelas Muhd Fazrol.

"Kalau kalah malu, sebab kalah dengan pemain 'reject', 'coach reject', itu sahaja yang saya nak cakap," ujar Haris Ahmad.

"Harap TFC peroleh kemenangan, jangan kalah dengan pasukan yang ada masalah gaji, malu," luah Shukrie Rieey.

BACA LAGI: [VIDEO] Berjaya bantu Real Madrid tewaskan Man City, Antonio Rudiger laung 'Allahuakbar'

Matthew Steenvoorden

Steenvoorden. — Facebook/TFC

Musim ini TFC membawa masuk empat pemain import baharu bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Habib dan Sony.

Empat pemain import itu ialah Matthew Steenvoorden (Belanda), Manuel Ott (Filipina), Marin Pilj (Croatia) dan Ismahil Akinade (Nigeria) bagi memperkuatkan pasukan mereka musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram