Tak jadi ambil Walter, Akmal Rizal tunggu 'green light' dapatkan pemain posisi AM


  • Podium
  • Selasa, 16 Apr 2024

Welter (kanan) mendapat pujian penyokong kerana mempamerkan aksi cemerlang dalam pertemuan aksi menentang Perak FC. — Facebook/Penang FC

WALAUPUN sudah melakukan perlawanan persahabatan dan sedang giat menjalankan latihan pramusim, persiapan Penang FC untuk memulakan kempen Liga Malaysia (Liga M) pada Mei nanti masih belum mencukupi.

Malah, skuad Harimau Kumbang juga difahamkan masih ingin merekrut pemain import baharu bagi membantu mereka mencapai sasaran objektif iaitu untuk menghuni kedudukan sekurang-kurangnya enam terbaik pada musim depan.

Setakat ini, Harimau Kumbang sudah menandatangani dua bintang import baharu iaitu Rodrigo Dias yang ditugaskan mengemudi jentera serangan dan pertahanan import dari Nigeria iaitu Richmond Ankrah dipinjamkan Selangor selama semusim.

Pencarian pemain baharu itu juga perlu disegerakan ada khabar angin mengatakan pihak kejurulatihan Penang FC tidak ingin menandatangani Luiz Fernando Welter iaitu pemain yang diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Perak FC.

Oleh itu, pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli difahamkan sedang menunggu keputusan pihak pengurusan untuk merekrut seorang pemain di posisi tengah menyerang bagi mengharungi liga musim ini.

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

isi penang

Barisan pemain Penang ketika menentang Perak dalam aksi pramusim yang berkesudahan seri 0-0. — Facebook/Penang FC

BACA LAGI: Belum sampai Perak lagi, tapi import Seladang siap-siap 'follow' 2 tulang belakang TBG

"Luiz Fernando Welter, 21 tahun. Pemain yang diturunkan dalam aksi menentang pasukan Perak minggu lalu hampir pasti tidak akan menyertai Penang FC pada musim ini. Manakala status pemain import untuk posisi attacking midfield masih belum diputuskan.

"Pihak pengurusan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu mengambil atau tidak pemain di posisi berkenaan. Difahamkan coach Akmal Rizal masih menanti kata putus pihak pengurusan sama ada sempat atau tidak untuk membawa seorang lagi calon import di posisi berkenaan," memetik laman Facebook, Penang BPK - Biru Putih Kuning.

Sekiranya pemain posisi tengah menyerang berhasil ditandatangani, penyokong Penang berharap individu berkenaan akan dibawa ke Terengganu untuk beraksi di saingan empat penjuru bersama Terengganu FC (TFC), TFC II dan Kedah Darul Aman FC bermula 17 April ini.

Dalam pada itu, Penang berjaya mendapatkan semula Syamer Kutty Abba bagi musim 2024/2025. Tonggak tengah Harimau Malaya itu akan bersama skuad kendalian Akmal Rizal untuk semusim sebagai pemain pinjaman.

Anak jati Pulau Pinang itu pernah menyarung jersi pasukan utara tanah air tersebut pada 2016 dan 2017 sebelum ke Harimau Selatan pada 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram