[VIDEO] Safawi Rasid menangis Syifa Melvin buat kejutan hamil anak kedua


  • Hiburan
  • Selasa, 16 Apr 2024

Syifa Melvin membuat kejutan kepada suaminya, Safawi Rasid ketika berkongsi mengenai kehamilan anak kedua mereka.

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid menitiskan air mata akibat terlalu terharu selepas isterinya, Syifa Melvin mengesahkan sedang hamil anak kedua.

Menerusi satu hantaran di TikTok, pelakon yang juga bergelar usahawan, Syifa membuat kejutan kepada suaminya itu ketika berada di atas sofa.

Di dalam video tersebut, Safawi diminta menutup mata sejenak sebelum Syifa menunjukkan keputusan positif hasil daripada ujian kehamilan.

BACA LAGI: Gemar rendang tok, Tony Eusoff redah 8 jam perjalanan mahu beraya di kampung rakan di Muar

Tidak dapat menahan sebak, Safawi yang gembira dengan berita tersebut dilihat memeluk erat tubuh Syifa.

Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan berkenaan memiliki cahaya mata pertama, Saif Sulaiman yang dilahirkan pada September 2023.

BACA LAGI: Terlalu lama dalam tandas, Park Bo-ram ditemui tidak bernyawa tepi singki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan-akan tidak percaya melihat reaksi yang diberikan oleh Safawi Rasid selepas mengetahui berita gembira itu.

"Tak tahu nak gelak atau gembira lepas tengok reaksi pawi," tulis Feena R.

"Aku tak bolehlah Pawi ini, menangis macam menangis dengar ceramah dekat sekolah," tulis Blaircup.

"Tahniah Syifa dan Safawi, semoga dipermudahkan urusan," tulis Adrian Edy. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram