[VIDEO] Chelsea pertahan tindakan Callagher tak salam budak pengiring, di luar konteks rasis


  • Podium
  • Khamis, 11 Apr 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik Gallagher enggan memberi high five kepada kanak-kanak lelaki tersebut. — Agensi

BARU-BARU ini, video pemain tengah Chealsea, Conor Gallagher menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Gallagher yang sedang berbaris di terowong Stamford Bridge itu dilihat berkelakuan sombong di depan seorang kanak-kanak pengiring ketika aksi berdepan Burnley.

Kanak-kanak lelaki itu dilihat menghulurkan tangannya untuk melakukan high five namun Gallagher hanya menepuk bahunya sebelum beralih kepada kanak-kanak lain.

Susulan kejadian itu, ramai penyokong mengecam tindakan tonggak tengah Chelsea tersebut.

Malah, ada yang menuduh bahawa Gallagher seorang yang rasis.

Dalam pada itu, Chelsea dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan Gallagher tersebut sambil menyifatkan tuduhan rasis itu di luar konteks.

"Kelab Bola Sepak Chelsea mengambil maklum mengenai klip video yang tersebar di media sosial ketika perlawanan menentang Burnley, yang telah diambil secara jauh di luar konteks.

"Tahap kritikan dan komen fitnah seterusnya yang ditujukan kepada Conor Gallagher adalah tidak boleh diterima sama sekali.

"Kami berbangga menjadi antara kelab yang mempunyai pelbagai jenis budaya dan komuniti," tulisnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram