Raya tanpa air, penduduk Johor dan Pahang mengadu masalah tiada penghujung


  • Massa
  • Rabu, 10 Apr 2024

Air bersih yang terpaksa ditadah susulan kekurangan bekalan air di sesetengah kawasan di Pahang dan Johor ketika ini.

SETIAP kali raya pasti timbulnya masalah ketiadaan bekalan air yang membelenggu penduduk di sesebuah kawasan.

Manakan tidak, kegunaan air amat penting di hari gembira ini terutamanya untuk tujuan mencuci dan memasak juadah raya.

Menerusi perkongsian di Facebook, rata-rata warganet yang menetap di Johor dan Pahang menghadapi masalah sama.

BACA LAGI: Hilang ditelan zaman, munjung antara 4 tradisi masyarakat Jawa makin dilupakan ketika Aidilfitri

BACA LAGI: 'Kenapa Syawal esok bukan Khamis', ada jawapan rupanya Malaysia, Arab Saudi raya serentak

Seorang penduduk Keratong, Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang mendakwa bahawa bekalan air terhenti sejak malam Selasa hingga pagi Rabu.

Menurutnya warga maya tanpa mendedahkan identiti, terdapat sesetengah penduduk yang terputus bekalan elektrik.

"Bekalan air bersih pun tak edarkan, saya pun tak mandi satu hari air tak ada. Macamana la nak raya esok (Rabu)," tulisnya sehari sebelum raya.

Manakala, seorang penduduk di Kluang, Johor dengan menggunakan nama Facebook M Hafiz Hj Manap juga tertekan dengan masalah tersebut.

Baginya, isu itu masih belum diselesaikan di kala sedang sibuk untuk menyediakan persiapan juadah Aidilfitri.

"Kasihan kami ni setiap tahun nak raya kena fikir masalah air dulu sebelum masak rendang dan ketupat.

"Johor pun bekalkan air kepada Singapura tapi, kami rakyat Johor hidup air bercatu," katanya.

Sementara itu, dia menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi menyelesaikan masalah berkenaan.

Setakat ini, tiada perkembangan baharu terhadap situasi yang berlaku di kedua-dua kawasan tersebut termasuk reaksi daripada pihak berwajib. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

masalah, tiada, air, tiada, penyudah, penduduk, Johor, Pahang, raya,