ATLET boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan merupakan watak penting sukan tersebut selepas pernah mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Nerosha atau mesra dengan panggilan Nero itu mula berkecimpung dalam sukan boling sejak usia muda yang didorong oleh ibunya sendiri.
"Ibulah yang mendorong Nero untuk aktif dalam sukan boling ni dari kecil.
"Hanya bermula dari sekolah rendah dan ada coach nampak Nero ada bakat, mula-mula main untuk seronok saja tapi tak sangka boling menjadi sukan utama Nero," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: 'Antara penyumbang pingat terbesar Malaysia', Natasha mahu kembalikan era kegemilangan sukan boling
Nerosha pernah meraih pingat perak temasya Sukan Sea 2021 di Hanoi. — Instagram/neroshakeligit
Ditanya mengenai perbezaan boling sekadar suka-suka dengan sukan boling itu sendiri, Nero berkongsikan bahawa tekanan antara yang perlu mereka hadapi.
"Kalau main untuk seronok dan enjoy, tak kisah pun pasal skor dan strike, cuma nak fokus kena pin tu saja lah.
"Tapi kalau masuk dalam pertandingan banyak pressure, kita kena menang, everytime masuk tournament kita kena ada target sendiri untuk capai," jelasnya.
Seperti diketahui umum, atlet boling kelahiran Sarawak itu memeluk agama Islam pada September 2023.
Nero yang melafazkan dua kalimah syahadah di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Kuala Lumpur itu turut berkongsikan pengalamannya sepanjang berpuasa tahun lepas sebelum memeluk Islam.
"Kalau Ramadan tahun lepas, training dan gim seperti biasa dijalankan cuma bezanya kena puasa.
"Cabaran berpuasa ketika itu memang penat sebab kena tahan diri daripada minum dan makan.
"Walaupun kita dalam aircond, kita still berpeluh sebab kita bukan main boling untuk seronok tapi kita kena training betul-betul, letak effort yang banyak, lepas training kena pergi gim lagi," jelasnya lagi.
Nerosha (kanan) bersama suaminya yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil. — Instagram/neroshakeligit
Atlet cantik berusia 28 tahun itu juga sempat berkongsikan pengalamannya berpuasa sebelum menjadi saudara baharu dalam Islam.
"Sebelum peluk Islam, saya memang pernah berpuasa sebab ikut teammate kan, tujuan saya adalah untuk memberi semangat kepada mereka.
"Memang struggle masa awal nak puasa,saya berfikir macam mana yang atlet Muslim boleh tahan berpuasa dengan tak minum dan makan, especially minumlah sebab atlet lain kan banyak yang berlari dan angkat berat.
"Saya sendiri pun terkejut macam mana mereka boleh tahan tak minum air," ujarnya lagi.
Di samping itu, bercakap mengenai sambutan Hari Raya, Nero juga berkongsikan perasaannya yang sangat teruja untuk meraikan perayaan Aidilfitri sebagai seorang saudara baharu dan isteri.
"Teruja juga sebab nak sambut raya sebab sebelum ni belum pernah sambut, selalunya akan pergi open house, ikut rakan-rakan dan tak pernah lagi celebrate sendiri.
"So ini adalah kali pertamalah saya nak celebrate dengan suami dan family dia, untuk raya tahun ini kami akan balik ke kampung halaman suami di Kelantan, memang first raya dekat rumah mentua," kongsinya.
Nerosha (kanan) turut berkongsikan bahawa akan meraikan Aidilfitri di Kelantan. — Instagram/neroshakeligit
Ditanya mengenai perasaan untuk menyambut Hari Raya lebih-lebih lagi bersama suami, Nero akui agak gementar apa lagi sebagai seorang isteri.
"Saya rasa nervous jugalah nak celebrate raya sebab sebelum ni selalu pergi open house tapi kali ni first time Nero celebrate.
"Sebelum kahwin tak fikir banyak pun pasal persiapan raya cuma fikir nak pergi rumah kawan tapi sekarang kena fikir pasal baju raya sebab nak sedondon dengan suami," kongsinya.
Selain itu,selain berkongsikan sedikit persiapan menjelang sambutan Hari Raya di Kelantan nanti, Nerosha yang meraih pingat perak temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi itu turut menceritakan kisahnya sebagai seorang saudara baharu.
"Nanti kalau dah balik Kelantan kena bantu mak mentua prepare kuih-muih dan masakan,
"Pengalaman sebagai saudara baharu, saya sekarang dibimbing oleh suami untuk belajar solat lima waktu dan membaca al-Fatihah," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram