'Kenapa Syawal esok bukan Khamis', ada jawapan rupanya Malaysia, Arab Saudi raya serentak


  • Massa
  • Selasa, 09 Apr 2024

Tarikh syawal yang bakal diumumkan pada Selasa malam selepas melihat anak bulan. — Gambar hiasan

TARIKH sebenar Syawal kini masih menjadi persoalan dan tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun sudah masuk hari ke-29 berpuasa.

Ia kerana, terdapat beberapa andaian bahawa Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 11 April (Khamis) selepas pengumuman raya Arab Saudi yang beraya pada 10 April (Rabu).

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Bimbingan Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh baru-baru ini mengeluarkan arahan untuk mengadakan solat Aidilfitri 15 minit selepas matahari terbit, mengikut kalendar Umm Al-Qura.

BACA LAGI: 'Terima kasih ALLAH jagakan Abang Din,', warga emas hilang lepas keluar rumah ditemukan meninggal dunia tepi landasan ECRL Kuala Terengganu

Screenshot (917)

Umat Islam di Arab Saudi sah beraya pada Rabu. — Gambar hiasan

Umat Islam di negara itu juga akan menyambut raya pada Rabu berikutan anak bulan Syawal yang tidak kelihatan pada petang Isnin bersamaan 29 Ramadan.

Disebabkan itu, ramai yang berteka-teki bahawa perkara itu berkemungkinan akan berlaku kerana perbezaan waktu Arab dan Malaysia.

Namun, ada pula yang menjelaskan teori mengapa raya di Malaysia akan sama dengan Arab walaupun berbeza waktu ketika Ramadan.

Mengikut penjelasan yang dikongsikan oleh warga Facebook Omen Necrofis, hari baharu dalam taqwim hijrah adalah bermula pada waktu selepas Maghrib.

"Secara teknikalnya, fasa bulan baharu telah berlaku pada 2.20 pagi Selasa dan bermulalah permulaan bulan hijrah yang baharu iaitu Syawal. Tapi, kenapa kita tak sambut Syawal pada hari ini?.

"Hari baharu dalam taqwim hijrah adalah bermula pada waktu selepas Maghrib, sebab itu kita sentiasa cerap hilal beberapa minit sebelum Maghrib.

"Maka, pada waktu Maghrib nanti (Selasa iaitu hari ke-29 Ramadan) baru kita cerap hilal walaupun bulan sudah berada dalam fasa bulan baharu sejak awal pagi tadi (sudah 17 jam hilal semasa cerapan Maghrib nanti, mungkin sudah cukup syarat Rukyah)," tulisnya.

BACA LAGI: Warga emas ada sejarah penyakit jantung dikhuatiri hilang lepas keluar rumah di Kuala Terengganu

nousnou-iwasaki-Dc3YQuyr2pU-unsplash

Cerapan anak bulan kebiasaannya dilakukan pada waktu Maghrib. — Gambar hiasan

Katanya, cerapan anak bulan sememangnya tidak akan dilakukan pada awal pagi atau tengahari.

Menurutnya, Arab Saudi memutuskan 1 Syawal pada Rabu secara hisab mengikut waktu Maghribnya pada Isnin.

"Bulan-bulan hijrah ada yang 30 hari atau 29 hari, bukan tetap 30 hari, maka tak timbul isu mesti cukupkan juga 30 hari.

"Kita tak boleh ikut ketetapan sesebuah negara untuk penetapan di tempat kita disebabkan perbezaan keberadaan bulan, perbezaan masa dan kaedah cerapan, isu penetapan tarikh Arab Saudi lebih tepat tidak timbul sebenarnya," jelasnya.

Sementara itu, pengumuman tarikh raya sebenar pada malam Selasa selepas cerapan anak bulan pada petang Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram