SELEPAS sebulan menjalani ibadah puasa, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Pastinya rata-rata masyarakat tiba sabar untuk pulang bercuti ke kampung halaman bagi mengunjungi sanak saudara.
Bagi merempuh perjalanan yang jauh itu, ALLAH SWT memberikan rukhsah iaitu keringanan kepada umat Islam yang bermusafir untuk memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat.
Ini berdasarkan firman ALLAH SWT:
وإِذا ضربتُم فِى ٱلأرضِ فليس عليكُم جُناح أن تقصُرُوا۟ مِن ٱلصلوٰةِ إِن خِفتُم أن يفتِنكُمُ ٱلذِين كفرُوٓا۟ ۚ
Maksudnya: "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa untuk qasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir” (Surah al-Nisa’:101)
BACA LAGI: Himpun hingga 10,000 helai pakaian, Projek Baju Raya platform kumpul, agih baju baharu dan terpakai
BACA LAGI: Aidil Aziz-Fasha Sandha sukakan 'vibe' kampung, betul-betul 'hidup' malam raya
Namun, tidak dinafikan, masih ramai masyarakat yang masih keliru dan tidak memahami tentang perkara itu.
Menerusi media sosial, seorang pengguna @HannaAziz bertanyakan mengenai syarat sah solat qasar dan jamak jika pulang ke kampung selama lima hari.
“Balik kampung lima hari boleh solat qasar dan jamak ke?," soalnya.
Berdasarkan perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tempoh dibolehkan qasar dan jamak untuk musafir ialah tiga hari tiga malam tanpa mengira hari datang dan hari pulang.
Jika pulang ke kampung untuk beraya melebihi lima hari, ia sudah dikira sebagai bermukim. — Gambar hiasan
Jika seseorang itu berniat untuk tinggal di suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka dia tidak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dia sudah dikira bermukim.
Ini bermakna, mereka perlu mendirikan solat seperti biasa.
Dalam hal ini, bermukim bererti seorang yang menetap di suatu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar.
Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dan dibolehkan qasar dan jamak sehingga sampai ke destinasi musafir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram