SATU aksi pramusim yang berlangsung pada Jumaat menyaksikan pertembungan menarik antara Perak FC dan Penang FC di Stadium Perak, Ipoh, Perak dengan kedua-dua pasukan mahu memastikan pemain berada di tahap kecergasan terbaik.
Ini kerana masing-masing meletakkan kesebelasan utama terbaik dengan hampir kesemua rekrut baharu diberikan minit permainan.
Dalam perlawanan persahabatan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan akhir apabila tiada jaringan berjaya dicetak di Stadium Perak berkenaan.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kelab derbi Utara itu mempunyai benteng pertahanan yang cukup kental sebagai persediaan menghadapi perlawanan Liga Malaysia (Liga M) Mei nanti.
BACA LAGI: 'Panic buying', Gordic termasuk 3 import baharu Liga M tak ubah macam 'tangkap muat'
Sebahagian aksi menarik ketika kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk mencari gol pendahuluan. — Facebook/Perakfc
BACA LAGI: Tampil 1 aksi dalam 34 perlawanan, kualiti import baharu Jang cetus persoalan
Bagaimanapun, ramai penyokong tanah air meluahkan kebimbangan berikutan keputusan seri berkenaan yang sekali gus menunjukkan kedua-dua pasukan itu tidak memiliki penyudah yang tajam.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen di laman Facebook, rata-rata penyokong kedua-dua pasukan berpandangan agar pihak pengurusan kelab mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan penyudah yang tajam di depan pintu gawang.
"Agak kecewa game malam ni sebab serangan tumpul tapi overall game nampak meyakinkanlah terutama player berani untuk control ball, pemain simpanan yang main second half okey, tiada nampak huru-hara sangat, keserasian dah ada cuma penyudah je perlu tajamkan lagi," kata Noor Syahnizam.
"Bos Ariesham Perak Football Club dan coach YCL, tolonglah cari seorang striker import dan seorang atau dua orang lagi striker tempatan, nampak sangat ketumpulan barisan serangan, masih tak nampak lagi ketajaman barisan serangan," kata Yob OrangBota.
"Hadir di stadium, overall Perak main ok cuma masalah tiada striker, perlu dapatkan seorang pure striker yang betul-betul boleh cetak gol," kata Hisham Suri.
"Perak dan Penang perlukan striker yang bernaluri pembunuh, mampu mengucar-kacirkan benteng lawan," kata Syed Afzan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram