[VIDEO] Tindakan penyerang Brazil pura-pura jatuh sakit atas padang hasilkan gol kemenangan


  • Podium
  • Khamis, 04 Apr 2024

Tangkap layar memaparkan penyerang Brazil dilihat berpura-pura sakit di atas padang. — Agensi

SEBUT sahaja nama penyerang kelahiran Brazil, Deyverson tentunya ramai yang tidak mengenali dengan sosok tubuh pemain tersebut.

Namun tidak bagi yang mengingati kisah mengenai seorang pemain yang berpura-pura mengalami kecederaan di padang hanya kerana 'disentuh' oleh pengadil perlawanan.

Menerusi perlawanan itu, aksi Deyverson yang juga penyerang Palmeiras mencuri tumpuan penyokong bola sepak.

Ketika itu, pasukan Palmeiras berjaya menewaskan Flamengo dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir Copa Libertadores da América pada 28 November 2021.

Meskipun begitu, pada penghujung perlawanan, penyerang kelahiran Brazil itu perlu memastikan agar pasukannya bergelar juara.

Susulan itu, Deyverson menggunakan taktik licik dengan berpura-pura mengatakan bahawa pengadil perlawanan sengaja melakukan kekerasan ke atasnya.

Deyverson mendakwa bahawa pengadil perlawanan, Nestor Pitana melakukan kekerasan di belakang pemain tersebut sehingga membuatnya terjatuh kesakitan.

Berikutan itu, Deyverson yang mendakwa terkena sentuhan kasar daripada pengadil menjatuhkan dirinya ke atas tanah dan berpura-pura sedang dalam kesakitan demi melengahkan masa.

Menariknya aksi tersebut, Deyverson menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir untuk memastikan Palmeiras bergelar juara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram