HARIMAU Malaya terpaksa menelan keperitan apabila ranking jatuh merudum menerusi kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Malaysia jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
Sebelum saingan Piala Asia bermula pada Januari, Malaysia berada di kedudukan ke-130 namun jatuh dua anak tangga pada Februari selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam kejohanan itu dan hanya mampu mencatat keputusan seri menentang Korea Selatan 3s-3.
Penurunan itu akibat daripada kekalahan Harimau Malaya yang tewas dua kali kepada Oman dalam aksi saingan kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat dan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
BACA LAGI: Safawi belum capai standard — Tomi

Skuad Harimau Malaya terpaksa akur selepas tewas dua kali berturut-turut di tangan Oman. — Facebook/FAM
BACA LAGI: KL City dah selesai, kes FIFA KDA FC apa cerita?
Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu mengumpul 1,095 mata selain terpaksa berpuas hati untuk berada pada kedudukan keempat berbanding kedudukan ketiga dalam ASEAN.
Ia sekali gus menyaksikan kedudukan ranking pasukan negara terus mengalami kejatuhan selepas turut turun dua anak tangga pada Februari lalu susulan aksi mengecewakan di Piala Asia Qatar baru-baru ini.
Indonesia pula berjaya memintas Malaysia selepas lima tahun apabila memungut 1,102.7 mata untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen rata-rata 'Ekor' Harimau Malaya tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ketika ini didakwa gagal menguruskan bola sepak tanah air.
"Macam mana kita boleh kalah dengan negara jiran, Indonesia pula tu," kata Safwan Mamat.
"Bukan Kim Pan-gon je nak cari jalan penyelesaian, FAM pun kena peka juga, jangan nak sedap sendiri je," kata Ferdi Ahmad.
"Kita dah susah nak naikkan ranking, tapi disebabkan isu dalaman ni, senang je Malaysia jatuh," kata Farhan Madi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
