Cetak hatrik berdepan PDRM, 'Abang Mael' wajah baharu gantikan Wan Mamut musim depan?


  • Podium
  • Rabu, 03 Apr 2024

Ismahil (tengah) dibawa masuk dalam misi skuad Sang Penyu mengurangkan beban dipikul Ivan Mamut. — Facebook/Terengganu FC

SATU aksi pramusim berlangsung pada Isnin yang menyaksikan pertembungan antara Terengganu FC dan PDRM FC di Stadium Selayang dengan kedua-dua pasukan mahu memastikan pemain berada di tahap kecergasan terbaik.

Ini kerana masing-masing meletakkan kesebelasan utama terbaik dengan hampir kesemua rekrut baharu diberikan minit permainan.

Kemenangan 6-1 mudah diraih skuad Sang Penyu yang sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi musim baharu selepas berbelanja besar sepanjang jendela perpindahan.

Tumpuan pasti diberikan terhadap penyerang kelahiran Nigeria, Ismahil Akinade yang diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan kehilangan Ivan Mamut akibat kecederaan.

Namun, pemain tinggi lampai itu tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri apabila merekodkan jaringan hatrik untuk menundukkan skuad Sang Saka Biru.

BACA LAGI: DNA Terengganu makin dapat perhatian, fans Croatia bangunkan laman khas demi Sang Penyu

431870392_397811452960295_7460315227595387535_n

Ivan Mamut pasti tergugat dengan kehadiran Ismahil bagi saingan akan datang. Facebook/Terengganu FC

Meskipun ia hanyalah satu aksi persahabatan, kemampuannya dalam memikul peranan sebagai seorang penyerang utama membuatkan rata-rata penyokong cukup kagum akan persembahannya.

Malah, ada yang berpendapat Ismahil sudah bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama lebih kerap berbanding Ivan Mamut pada musim akan datang.

"Tidak minta lebih, cukuplah jika Ismahil terus menjadi mesin gol buat Terengganu. Buat masa sekarang, tidak boleh buat penilaian selagi perlawanan sebenar belum bermula," kata

"Terengganu ada ramai boleh hidangkan peluang untuknya, bolehlah kita sasar kedudukan tiga teratas Liga Super. Kalau boleh lebih tinggi, Alhamdulillah," kata FizZoW MaMaT.

"Sejujurnya, Abang Mael (Ismahil) lebih baik berbanding Mamut. Dia lebih pantas, ada skil tersendiri dan agresif," kata Khairudin Yusof.

BACA LAGI: Kembali ke Terengganu, Ott sedia jadi 'perampas' demi kukuh posisi

️   #alhamdulillah

Ismahil beraksi untuk separuh musim bersama skuad Kijang Hijau. Facebook/Kelantan United FC

"Ismahil memang bagus, cuma dia silap pilih pasukan musim lalu. Berada bersama Terengganu akan memudahkan tugasnya di atas padang," kata Zulhisyam Rasdi.

Musim lalu, penyerang berusia 30 tahun itu menyertai Kelantan FC pada awal musim sebelum menjadi milik Kelantan United FC pada jendela perpindahan kedua.

Bagaimanapun, dengan kelab berkenaan mula mengalami rombakan, Ismahil memilih untuk menyertai skuad Sang Penyu dengan peranannya dilihat mampu mengurangkan bebanan Ivan Mamut.

Untuk rekod, dia sudah mencatatkan lapan gol dan lima bantuan jaringan dalam 21 penampilan Liga Super sepanjang beraksi buat kedua-dua kelab Kelantan itu.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bakal berdepan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Rabu sebagai aksi penutup bagi tempoh pramusim pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram